
Thermo pot antara barang elektrik yang masih digunakan. Senang bila nak guna air panas terutama kalau rumah tiada penapis air yang canggih tu.
Tapi masalah biasa guna thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.
Sebenarnya untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.
Cara mudah bersihkan
1. Penuhkan air dalam pot.
2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.
3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.
4. Insya-Allah kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.
5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.
Jadikan proses ini satu rutin supaya thermo pot sentiasa bersih. Selamat mencuba
TIP PENJAGAAN
Pastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.
Nak beli bukan murah, jadi kakak-kakak kena la jaga perkakas kayangan ini dengan sebaiknya.
Info perkongsian: Jumali Jue-Eye
Sertai kami di Telegram
Resepi Ubi Kayu Goreng Yang Sedap. Ada Rasa Pedas, Lagi Nikmat Makan Panas-Panas

Ubi kayu goreng cicah dengan gula atau sambal bilis memang sedap. Boleh makan waktu pagi atau petang juga. Lepas goreng makan terus panas-panas, lagilah nikmat.
Tapi nak lagi sedap ubi kayu goreng ini jangan goreng begitu saja. Tambah sikit bahan ini supaya jadi lebih sedap dan ada rasa pedas-pedas sikit. Inilah yang buat makin enak tak boleh berhenti makan. Ini cara orang kampung buat ubi kayu goreng.
Cara buat ubi kayu goreng yang sedap
- 1 kg ubi kayu dipotong dan direbus separuh empuk. Waktu rebus masukkan sekali bawang putih tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekali.
2. Bila sudah separuh empuk, tos airnya tapi tinggalkan sedikit supaya ubi lembap-lembap panas.
3. Gaulkan ubi kayu tadi dengan serbuk cili, bawang merah yang ditumbuk dan putih telur yang dipukul dengan garpu. Gaul sebati.
4. Kemudian tambah sedikit tepung gandum. Gaul rata.
5. Selepas gaul ubi dengan tepung terus goreng waktu ubi masih hangat.
6. Hasilnya ubi kayu goreng akan jadi lebih garing dan sedap. Makan begitu saja pun dah sedap tak perlu cicah gula atau sambal.
Sumber: Suriya Sar
Elak Mati Mengejut, Dr Zubaidi Bagi Panduan Pemakanan Selepas Usia Masuk 40-an

Isi Kandungan
Toggle
Mati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi mati mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan minyak zaitun dalam diet terutama ketika bersarapan sangat bagus untuk kesihatan seseorang.
Sarapan minyak zaitun dan kopi
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya mmg malas sbb perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja2 saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bgn pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja2 membaca dan menghafal yg saya lakukan di awal pagi.
Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Puasa 15 jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak2 di rumah.
Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yg makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Kurangkan makan pada usia 40
Memang saya sudah kurang makan sejak bbp tahun dulu. Kadang2 kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam2 cerita kawan2.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Meninggal ketika bersukan, itu tak pelik
Bukan lagi pelik kalau org muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan2 saya yg berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba2 ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dgn pelbagai penyakit. Seperti rumah yg sergam kuat tapi bersarang anai2. Tiba2 runtuh tersembam ke bumi.
Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Hati-hati dengan karbohidrat ringkas
Maka saya mmg berhati2 dgn makanan yg ada terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Jangan abai 3 makronutrien
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yg membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Apa itu makronutnien?
1) Air
2) Karbohidrat kompleks (sayur-sayuran)
3) Minyak sihat
Minyak zaitun ialah minyak yang menyihatkan
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam. -Dr Zubaidi Hj Ahmad
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Sumber: Dr ZUbaidi
Tip Tanam Pokok Kantan Di Rumah & Cara Pastikan Kantan Kerap Berbunga Dengan Banyak!

Bunga kantan memang selalu kita guna dalam masakan, jadi berbaloi kalau tanam sendiri di rumah, apatah lagi dengan
harganya yang boleh tahan juga mahal.
Jika nak jadikan ia sebahagian tanaman boleh ikut cara yang dikongsi Petani Herba ini.
- Kalau tanam guna biji benih
Selain beli dari nursery boleh juga ambil bunga kantan yang dah matang. Cari di kelopak biji yg dah hitam. Itu kira dah boleh dibuat benih. Nak semai kenalah sediakan bekas semaian macam cawan plastik tak pun kalau nak jimat gunalah bekas yg terbuang. Jimat.
2. Penyediaan media/tanah untuk tanam kantan
Kemudian kena sediakan media yg baik, boleh guna potting soil yg dibeli dari kedai nusery. Boleh juga guna media cocopeat yg dicampurkan dgn sekam padi bakar dan vermiculite. Kalau tiada juga media tu semua gunalah tanah hitam atau biasa yang digaul dgn kompos..ok settle
3. Rendam dulu kalau nak bunga elok
Kalau nak nak hasil yg bagus, bunga kembang setaman rendam benih kantan dgn cecair EM (Enoculent microbial) selama sejam dan toskan. Sementara menunggu benih kantan tos airnya, sediakan media semaian dgn memasukkan media ke dalam bekas semaian hingga penuh.
4. Cara tanam
Buat lubang kira-kira 1 inci dlm dan jarak antara lubang 2 inci. Masukkan sebiji kantan pd setiap lubang hinggaselasai dan timbus smula dgn media.
5. Penjagaan
- Siram media dgn air yg banyak dan letak ditempat terkena cahaya pada waktu pagi atau petang. Untuk pengetahuan kurang benih kantan mengambil sangat lama utk bercambah lebih kurang 1 bulan lebih hingga 3 bulan. Jangan give up lak.
- Selepas 1 bulan lebih, benih bunga kantan akan mula keluar dr permukaan media. Siram dgn air jika perlu. Tak perlu bubuh baja ketika ini.
- Setelah anak pokok berusia 3 minggu selepas bercambah. Alihkan anak pokok pada polibag atau pasu.
- Jagalah anak pokok kantan dgn melakukan siraman 2 minggu sekali dan sembur baja booster seperti baja cecair ikan atau kompos teh. Bunga kantan mula menghasilkan bunga setelah berusia 8 bulan ke atas.
Tip agar pokok kantan berbunga kerap, banyak & selamat sampailah tiba masa untuk dituai
Bila pokok kantan dah berbunga banyak bolehlah praktikkan tip yang dikongsi oleh Haninah Salim
- Untuk berbunga kerap kantan gemar persekitaran yang basah dan lembab.
- Kena rajin “bagi hujan” apabila hari tidak hujan dengan menyiram secara semburan halus ke atas.Setelah mula mengeluarkan kudup bunga, letak potongan botol plastik untuk mengelakkan musuh tanaman.
Sumber: Petani Herba & Haninah Salim