Thermo pot antara barang elektrik yang masih digunakan. Senang bila nak guna air panas terutama kalau rumah tiada penapis air yang canggih tu.

Tapi masalah biasa guna thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.

Sebenarnya untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.

Cara mudah bersihkan 

1. Penuhkan air dalam pot.

2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.

Cara Mudah Hilangkan Kesan Kuning Dalam Thermo Pot, Ambil Limau Kasturi Rebus Sekali

IKLAN

3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.

4. Insya-Allah kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.

5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.

Cara Mudah Hilangkan Kesan Kuning Dalam Thermo Pot, Ambil Limau Kasturi Rebus Sekali

IKLAN

Jadikan proses ini satu rutin supaya thermo pot sentiasa bersih. Selamat mencuba

TIP PENJAGAAN

Pastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

IKLAN

Sentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.

Nak beli bukan murah, jadi kakak-kakak kena la jaga perkakas kayangan ini dengan sebaiknya.

Info perkongsian: Jumali Jue-Eye

BACA: Alternatif Penapis Air Bajet Kalau Tak Nak Terikat Bayar Bulan- Bulan. Fungsi Sama, Ada Air Panas & Sejuk

Sertai kami di Telegram

Selain itu:  Tip Buat Sendiri Teh Ais Pekat Kaw, Manis Berlemak. Tambah Sikit Susu Jenis Ini!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI