Nasi daging ini menu orang Utara tapi bukan dari sana pun ramai yang suka. Nak buat nampak macam susah tapi tak sebenarnya. Ada saja cara mudah kalau nak masak sendiri nasi daging ni. Caranya dikongsi oleh Suriani Mohd. Sat ja dah siap katanya!

Cara mudah masak nasi daging

Nasi daging ni guna rempah campur, rempah kurma dan rempah kari. Resepinya senang saja, lain orang lain caranya.

Bahan-bahan

Daging- dipotong kiub dan direbus
Planta – 2 sudu makan
Bawang merah – 1 biji dihiris
Bawang putih – 3-4 ulas dihiris
Sedikit halia
Rempah 4 sekawan
Rempah kurma – 2 sudu makan
Rempah kari – 1 sudu makan
Beras 4 cawan – dibasuh bersih
Susu cair -1/4 tin

Ads

Cara Mudah Masak Nasi Daging, Sat Ja Dah Siap! Lengkap Air Asam Kerisik & Sup Tumis Darat

Cara membuat:

  1. Masukkan Planta 2 sudu makan dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah empat sekawan dan daun pandan.

2. Tumis hingga kekuningan kemudian masukkan rempah kurma dan rempah kari. Kacau sebati.

Ads

3. Masukkan sedikit air bagi masak rempah dulu, kemudian baru masukkan beras yang dah dibasuh.

4. Tuang susu cair dan masukkan sekali kiub daging 1 atau 2 ketul dan juga air rebusan daging. Kuantiti air ikut beras yang digunakan. Masukkan juga sedikit garam. Tanak seperti biasa.

Ads

Cara buat air asam kerisik

Cara Mudah Masak Nasi Daging, Sat Ja Dah Siap! Lengkap Air Asam Kerisik & Sup Tumis Darat

  • Dalam satu bekas ambil sedikit belacan dan campur bersama cili api yang dipotong atau ditumbuh.
  • Tuang air asam, kuantiti agak-agak lalu gaulkan. Masukkan juga kerisik 2-3 sudu.
  • Hiris sebiji bawang merah dan juga sebiji tomato masukkan sekali.
  • Masukkan juga garam, gula dan serbuk Cukup Rasa.
  • Gaul semua bahan ini, nak sedap kena gaul guna jari. Sesuaikan rasanya ya, ada yang kurang tambah.

Cara buat sup tumis darat

Cara Mudah Masak Nasi Daging, Sat Ja Dah Siap! Lengkap Air Asam Kerisik & Sup Tumis Darat

  • Rebus daging hingga empuk (rebus bersama sedikit garam).
  • Untuk buat sup tumis darat, hiris satu biji bawang merah bersama 3-4 ulas bawang putih lalu tumis.
  • Masukkan sekali halia dan rempah 4 sekawan. Tumis hingga kekuningan.
  • Kemudian bolehlah masukkan daging yang direbus tadi bersama airnya. Biar mendidih.
  • Kemudian tabur daun sup. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Suriani Mohd.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI