Selain cacing dan lipas haiwan berbisa lipan juga antara yang selalu berlindung di dalam bilik air. Selalu kita jumpai anak lipan yang masih kecil dan tak mustahil ada ‘ibu’ atau ‘bapanya’.
Supaya tak berlaku perkara tak diingini seperti digigit lipan sebaiknya kita usahakan untuk menghalau atau membasmi haiwan ini dari terus menghuni bilik air.
Sebenarnya untuk menghapuskan lipan dari bilik air ada beberapa kaedah mudah yang boleh kita lakulam, malah cara ini dikongsi sendiri oleh usahawan kawalan serangga perosak Naim AJ Pest.
Pastikan bilik air ada pengudaraan yang baik supaya bilik air cepat kering lepas setiap kali kita guna. Lipan suka tempat yang lembap dan sejuk, bilik air ini memang tempat ‘feveret’ bagi lipan.
Garam adalah bahan yang kita boleh guna untuk halau banyak serangga. Kalau tempat yang selalu ada lipan, dan tempat yang tak selalu basah kita boleh gunakan garam contohnya di luar rumah, porch kereta atau dapur. Dlm bilik air tak sesuai sangat nak tabur garam sebab kesannya cepat hilang.
Sediakan botol spray, kemudian bancuh pencuci pinggan dan letak dalam botol. Sembur di kawasan yang lembap, atau boleh sembur terus pada lipan. Lipan yang terkena semburan ini akan mati bila air sabun mengering.
Buat semburan secara berjadual dekat rumah. Semburan dari racun pest control ada residue, anytime lipas lalu dekat kesan semburan boleh mati. Termasuklah crawling insect yang lain juga.
Semoga bermanfaat
Sumber: Naim AJ Pest