Sofa penuh dengan kesan kotoran memang masalah biasa di rumah. Yalah sambil tengok tv makan dan minum atas sofa, kemudian tumpah.
Sampai bertampuk-tampuk kesan kotoran dan ia memang susah nak dibersihkan apatah lagi kalau warna sofa cerah. Ada yang sanggup upah orang beratus ringgit untuk membersihkannya kerana sakit mata melihat sofa kotor.
Tapi sebenarnya ada cara yang lagi murah dan mudah untuk kita bersihkan sofa kotor ini. Modal RM6.30, sofa kotor terus nampak baru. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Bam Aini.
Menurut beliau dia hampir memanggil tukang cuci untuk membersihkan sofa sebelum mencuba produk yang digunakan oleh adiknya untuk membersihkan seat kereta.
Ads
Spray, lap dah bersih!
Hari tu survey tukang cuci sofa, harga RM120 servis cuci sofa datang rumah. Hampir nak guna tukang cuci.
Tapi adik beli 1 tin produk ini untuk cuci seat kereta, saya pinjam dan buat sikit kat sofa. Tengok-tengok menjadi.
Ads
Pergi Eco beli sendiri, untuk satu sofa guna 2 tin setengah saja. Modal baru RM6.30
Online pun ada jual. Klik SINI untuk beli di Shopee.
Tak payah sental sangat pun. Berusnya lembut, spray bahagian mana nak dicuci, biar foam nyerap sekejap kemudian berus. Siap berus, lap manja guna kain. Tunggu saja sofa kering sendiri.
Ads
Tapi sebelum spray, goncang dulu. Waktu spray, disarankan tutup hidung sebab baunya menyengat juga.
Sampai sekarang ulang alik ulang alik belek sofa macam tak percaya dah jadik macam sofa baru.
Waktu ini ramai yang kena bekerja dari rumah. Dalam keadaan ini penting sangat untuk kita ada coverage telco yang laju untuk memudahkan melakukan kerja di rumah.
Atau mungkin juga line telco yang kita guna selalu bermasalah di kediaman kita jadi nak juga tahu mana telco yang baik liputannya supaya kita boleh tukar. Takkan nak beli sim kad setiap telco pulak. Jadi ikut saja cara ni.
1. Pergi ke Appstore atau Playstore, kemudian download apps Open Signal.
2. Sesudah install bukak apps tadi dan klik coverage (yang bulat di bahagian bawah).
3. Kena sabar sekejap untuk apps ini tentukan lokasi kita. Selepas GPS dah accurate lokasi tekan compare performance di bahagian bawah. Waktu ini apps akan check satu-satu telco.
4. Di kawasan rumah ini contohnya, line Maxis paling laju and line DiGi paling slow.
Dah tahu, mungkin boleh tukar line telco kepada yang lebih laju.
Lempeng makan dengan sambal tumis waktu pagi memang best. Terasa macam sarapan di kampung.
Dapat pula lempeng yang lembut dan gebu macam ni lagi lah sedap, boleh makan berkeping-keping.
Untuk hasilkan lempeng macam ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Suzana Othman, yang turut menjadikan hidangan ini sebagai jualan untuk menambah pendapatannya. Suri rumah lain yang nak cuba pun boleh.
Cara buat lempeng yang lembut dan gebu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
500 ml air
1 biji telur
2 sb minyak masak
1 sk garam
1 sb gula
1 sk baking powder
Cara membuat:
1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dengan air, blend hingga tepung sebati.
3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1 jam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu. Inilah tipnya.
Cara memasak:
1. Panaskan kuali non stick, tuang adunan ikut saiz kuali.
2. Tunggu lempeng keluar buih dan agak kering barulah terbalik.
3. Tunggu sekejap supaya sebelah lagi masak. Kemudian angkat.
Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz itu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.
Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping harga RM5, boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing jika nak jual.
Kalau dah namanya duit, walau koyak tetap kita sayang nak buang. Selalunya kita simpan saja.
Perlu diketahui duit kertas yang terkoyak ini sebenarnya masih bernilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Abdul Rahman Al Amin Ismail, memberitahu duit kertas yang ditukarkan ke BNM ini mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung kepada saiz.
Dengan kata lain kalau koyak sikit bermakna kita boleh dapat nilai yang sama dengan duit yang koyak. Jika koyak separuh, nilai yang kita terima pun separuh.
Namun menurutnya jika wang kertas berkenaan mempunyai kurang 1/2 daripada saiz wang asal, ia sudah tidak mempunyai nilainya.
Jadi selepas ini jika mempunyai wang kertas lama yang terkoyak, jangan buang. Boleh kumpul dan pergi ke BNM untuk mendapatkan nilainya semula.