Sofa rona putih atau cerah memang cantik untuk kediaman. Cuma masalahnya akan mudah kotor. Boleh jadi tertumpah air, makanan atau tercalit kotoran dek anak-anak.
Ada yang sakit mata melihat kotoran ini dan sanggup upah servis mencuci sofa. Tapi ada alternatif lain untuk bersihkan sofa ini dengan cara paling mudah dan murah.
Hanya mengguna penutup periuk bersama bancuhan air panas cecair pencuci pinggan, kotoran pada sofa dapat dibersihkan dengan mudah. Tak perlu upah khidmat pencuci, modal cuma penutup periuk saja. Kaedah ini dikongsi oleh Arya Cahya Oktavia melalui akaun TikTok beliau.
Bersih sofa guna penutup periuk
Cuba cara bersih sofa yang viral menggunakan penutup periuk. Macam tak percaya pula menjadi.
Ads
Kalau cara yang dikongsi sebelum ini menggunakan cecair pencuci bentuk tablet tapi memandangkan bahan ini tiada di rumah jadi saya guna cecair pencuci pinggan. Tapi memang ternyata bersih.
Bahan yang diperlukan:
Cecair pencuci pinggan
Penutup periuk
Kain
Air panas secukupnya
Caranya:
1. Tuang cecair pencuci diikuti dengan air panas dalam besen atau bekas yang boleh muatkan penutup periuk.
Ads
2. Ambil kain dan ikat penutup periuk, pastikan bahagian ikatan di atas.
3. Celup penutup periuk yang diikat kain tadi dengan air sabun tadi.
Ads
4. Terus gosok pada sofa yang kotor. Ulang hingga kotoran hilang.
5. Selepas itu hidupkan kipas, anginkan agar sofa cepat kering.
Kalau dah goreng ikan, kena ada lauk berkuah. Paling mantap gabungannya adalah masak lemak kobis ini. Ada pulak budu atau sambal belacan memang boleh licin nasi seperiuk mengadap lauk simple ini.
Cara buat masak lemak kubis ini pulak memang senang. Bahannya kobis, santan, bawang dan ikan bilis je. Kalau tak tahu juga caranya boleh ikut perkongsian Suisan Aliezsha ini.
Cara buat masak lemak kubis
Nah belanja menu hujan masak lemak kubis,ikan goreng & budu. Dah lama sangat tak buat. Licin nasi dalam periuk🤣! Ini cara-caranya;
1. Ambil sebiji setengah kelapa parut. Perah ambil pati sahaja, kalau kobis banyak lebihkan kelapa jangan kedekut santan.
2. Potong kubis, cuci dan toskan.
3. Bahan campuran, cili besar, bawang besar, ikan bilis. Boleh masuk bahan lain terpulang, udang kering atau sebagainya.
4. Masukkan santan & ikan bilis dalam kuali masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
5. Bila kuah dah masak & pekat, masukkan kobis lalu kacau. Masukkn cili besar & bawang besar, garam secukup rasa. Siap!
Hidang dengan ikan goreng dan budu atau sambal belacan memang mantap.
Tertumpah makanan, air, anak muntah, bau rokok, semua ini menyumbang pada bau yang tak sedap dalam kereta.
Buka saja pintu dah hidu bau tak sedap ini dan kita terpaksa bertahan kadang-kadang berjam-jam selama dalam kereta.
Dah guna pewangi pun tak jalan, habis pewangi terbau lagi. Jadi cara terbaik kita hapuskan terus bau ini. Boleh ikut caranya dikongsi oleh NaufalAntezem.
Hapus bau busuk dan naturalkan bau dalam kereta
Jumpa pewangi kereta ini kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan.
Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ini buat kerja ketika aircond dipasang full blast.
1. Pasang aircond paling maksimum.
2. Tutup rapat semua tingkap, pintu.
3. Tekan pin pada muncung spray ke bawah sampai bunyi ‘click’.
4. Spray keluar sendiri.
5. Tutup pintu kereta dan tunggu sampai spray habis.
6. Bila spray habis, tunggu 2-5 minit sebelum buka pintu.
Kemudian, buka semua tingkap bagi pengudaraan elok sikit.
Kalau ada kesan-kesan spray pada cermin, lap.
Kalau ikut label, katanya untuk hapus dan naturalkan bau tak sedap dalam kenderaan termasuk asap rokok, muntah, lembapan, bau makanan, najis anak dan macam-macam lagi.
Baunya lemon fresh, tak tajam. Segar.
Kalau tak jumpa di Mr. DIY, boleh cari di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Bukan saja ibu bapa baru, yang sudah ada tiga anak pun masih tertanya-tanya tentang kemusyilan merawat anak yang demam.
Salah satunya adalah cara untuk tuam anak, mahu guna air panas atau sejuk? Berikut adalah penjelasan doktor tentang perkara mudah tapi ramai ibu bapa yang salah praktik.
Air sejuk atau panas
Juga ramai perawat akan menasihati ibubapa melakukan tuaman pada tubuh badan anak secara berkala apabila suhu badannya tinggi menggunakan tuala yang basah.
Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/ suam. Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/ suam.
Sebetulnya begini
Pandangan yang lebih rojih/ tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.
Air yang panas/ suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang2 roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.
Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.
Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/ suam kuku bagi tujuan ini.
Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais.
Tidak perlu menggunakan penampal demam sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.