Isi Kandungan
ToggleKalau beli langsir siap selalu terjadi panjangnya meleret. Memang nampak tak kemas bila dah dipasang.
Kalau biasa kita hantar ke kedai jahit untuk potong selepas ini mungkin boleh gunakan idea Ahmad Syahril Mohd ini yang nyata cukup mudah. Guna gam saja!
Sedikit perkongsian tips penjimatan daripada masalah kaki langsir yang meleret. Nak hantar kedai jahit, tak hantar hantar, last sekali DIY saja.
Bahan-bahan
1. Gam kasut kedai eco
2. Seterika
Gamkan dan gosok menggunakan seterika supaya gam melekat kuat pada kaki langsir.
Dah siap!
Sumber: Ahmad Syahril Mohd
Cara Mudah Buat Popia Mini. Beli Serunding Ready Made, Gulung Ikut Cara Ini
Makan popia mini macam ni memang sedap. Waktu raya ini pun memang banyak dijual cuma harganya agak mahal.
Kalau tak sanggup nak beli, boleh cuba buat sendiri. Kalau nak mudah ikut perkongsian Eiyda Qishh NJ ini.
- Ambil kulit popia, potong segi tiga macam ni. Dapat 8 potongan, guna pisau saja. Lepas potong jangan dedahkan, letak dalam bekas. Boleh juga tutup dengan kain.
Boleh guna popia jenis ini senang, lepas susun masuk dalam bekas.
2. Susun popia yang dah dipotong begini supaya boleh letak serunding sekali gus. Boleh guna serunding yang dah siap.
3. Kemudian ambil satu potongan, lipat kiri dan kanan. Kemudian gulung dari bawah ke penjuru atas.
4. Akhir sekali letak sedikit air supaya melekat, popia tak terburai.
5. Boleh guna popia ready made macam yang dalam botol ni.
6. Dah siap, bolehlah digoreng. Kalau tak habis goreng boleh simpan dalam freezer, untuk digoreng kemudian hari.
Selamat mencuba
Sumber: Eiyda Qishh NJ
Kalau Suka Makan Jeruk Betik Boleh Buat Sendiri Ikut Cara Chef Asma Ini. Tanpa Pengawet & Rangup Krup Krap!
Isi Kandungan
ToggleTengok jeruk betik ini pun dah boleh buat kita kecur air liur. Peminat jeruk memang macam ni.
Kalau teringin dan ada betik di rumah boleh buat sendiri ikut cara yang dikongsi oleh chef terkenal, Chef Asma. Jeruk betik ini tak gunakan pengawet dan rangup, itu yang sedap.
Jika dah mahir, boleh buat jualan, tambah duit poket. Bagi yang nak cuba ini cara membuatnya.
Buat sendiri jeruk betik rangup tanpa pengawet
Bahan-bahan
3 – 4 biji betik mangkal- betik yang keras bukan yang dah masak
3 sudu besar kapur makan
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir kasar
5 sudu kecil garam halus
15 biji asam boi putih
20 biji cili padi – ( 10 biji di hiris, 10 biji tak perlu hiris) – boleh kurangkan jika tak suka pedas
Cara membuat
1.Kupas kulit buah betik nipis sahaja. Kemudian potong seperti dalam gambar di atas. Tebal lebih kurang setengah sentimeter, jangan nipis dan jangan tebal sangat.
2. Rendam dengan air paras buah betik sahaja. Masukkan kapur makan, ramas sikit kapur supaya hancur. Rendam selama 1 – 2 jam.
3.Selepas rendam, tos hingga kering bagi kering.
4. Masukkan betik ke dalam bekas, satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi & cili padi.
5. Pakai sarung tangan, gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam chiller.
6. Simpan semalaman, enak dimakan sejuk. Simpan di luar pun ok.
TIP
- Wajib rendam dengan air kapur supaya betik rangup & pejal.
- Pastikan jangan letak air, semasa gaul jeruk betik. Cukup dengan cuka dan gula, ini kerana gula dan betik itu akan berair. Kalau tambah air, jeruk tak boleh tahan lama dan akan menghasilkan buih.
- Kalau nak buat jualan, kira sendiri kos, betik murah shj tapi bila jadi jeruk memang dijual mahal. Sedap… krup krap…
Selamat mencuba.
Sumber: Chef Asma.
Cara Baiki Soket 3 Pin Yang ‘Terkulai’ Akibat Tapak Skru Patah, Bahaya Jika Dibiarkan
Isi Kandungan
Toggle
Antara kerosakan yang selalu berlaku di rumah adalah soket 3 pin ‘terkulai’ atau terkeluar dari dinding akibat tapak skru patah.
Kalau soket ini terletak di tempat yang senang dicapai anak-anak memang membahayakan terutama jenis yang suka explore.
Jadi sebaiknya kita baiki. Caranya boleh ikut tutorial yang dikongsi oleh Ezmel Ghazali. Taklah susah mana pun untuk dibaiki soket ini, boleh buat sendiri tanpa perlu upah orang.
Cara baiki soket 3 pin yang terkulai akibat tapak skru patah
Bahan yang diperlukan
Langkah 1
Tebuk lubang pada tempat ‘tapak skru’ asal yang patah dan pasangkan wallplug plastik.
Langkah 2
Dapatkan skru panjang 4 inci.
Langkah 4
Pasang skru pada wallplug.
Siap
Nota: Kepala skru sebaiknya cari yang kecil. Jika dah terpasang, tampal dengan tape untuk elak kejadian tak diingini sebelum ganti dengan yang sesuai.
Sumber: Ezmel Ghazali