Cara Mudah Selesaikan Masalah Serangan Perosak Pokok Sayur, Guna Baking Powder Saja

Share

Bila bercucuk tanam di kawasan rumah mesti tidak terlepas daripada masalah serangga perosak. Kalau dah kena dan dibiarkan memang habis tanaman.

Sebab itu ramai sanggup buat bermacam-macam cara untuk menyelamatkan tanaman dari jangkitan kulat, kutu, hama, siput, semut dan sebagainya. Malah ada yang sanggup membeli segala macam baja dan racun untuk mengatasinya.

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk atas masalah serangga perosak tanaman ini. Modalnya cuma gunakan baking powder yang ada di rumah saja. Caranya boleh ikut perkongsian dari Malmisa Swak Lis Lis ini.

Kegunaan baking soda pada tanaman kena serangan perosak

1. Hilangkan kulat /jangkitan kehitaman
Ambil 1 sudu baking powder dan campur dengan 1 liter air. Sembur pada bahagian yang terkena jangkitan.

2. Elak siput babi
Tabur baking soda keliling tanaman, katanya siput akan melecur jika terkena baking soda.

3. Jika pokok kena serangan bena putih (keputihan)
Campurkan bahan berikut;
1 sudu baking powder +
1 sudu cecair pencuci pinggan
1 liter air
Semburkan tiap minggu pada pokok hingga hilang keputihan.

4. Daun berlubang akibat ulat
Buat campuran baking powder dan tepung jagung kemudian tabur pada tanaman.

5. Masalah semut pada tanaman
Campurkan baking powder dengan sedikit gula kemudian tabur di laluan semut.

Sumber: Malmisa Swak Lis Lis

 

Published by
VK