Nak tanam sayur cara mudah boleh guna cara ini. Boleh mulakan dengan sayur kangkung. Tanam sayur guna botol air mineral saja.
Jika di rumah ada banyak botol plastik ini, boleh guna semula untuk buat tanam sayur. Selain kangkung boleh juga guna cara ini untuk tanam sayur sawi atau bayam.
Cara penanaman ini semua sangat untuk mereka yang sibuk sebab tak perlu disiram namun, tanahnya tetap tak kering. Panduan penanaman kaedah ini dikongsikan oleh Rumah Kebun Organik
Botol air 1.5 liter
Gunting
Pisau
Paku
Tanah
Biji benih kangkung
1. Potong dua/ separuh botol air tersebut.
2. Masukkan bahagian penutup ke dalam botol bahagian bawah. Seperti gambar.
3. Tebuk beberapa lubang pada bahagian bawah penutup botol.
4.Kemudian ayak tanah subur, sekam dan kompos dengan nisbah 1:1:1 untuk mengasingkan bendasing. Kemudian, masukkan ke dalam botol tadi.
5. Setelah itu masukkan 5 hingga 8 biji benih kangkung. Timbuskan semula dengan tanah dan siram air.
6. Biarkan sehingga keluar pucuk, bercambah setelah 7 hari.
7. Masukkan air pada bekas bahagian bawah. Setelah 16 hari, kangkung semakin subur membiak.
Cara ini kangkung tidak perlu disiram setiap hari dan tanah pun tidak kering. Lebih kurang sebulan usia kangkung sayur ini dah pun boleh dituai. Mudah kan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Rumah Kebun Organik