Ramai yang cuba tanam pokok ketumbar di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan.

Tapi malang ada yang banyak kali cuba tanam tapi tak juga hidup. Anak pokok naik tapi tak tahan lama kerana batang pokok busuk terutama sekali bila tanam melalui keratan akar.

Masalah yang sama dihadapi oleh Rosziyana Bakar. Namun setelah cuba tanam melalui kaedah biji benih barulah menjadi. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari beliau. Turut dikongsi tip penjagaan supaya kekal subur.

Tanam pokok ketumbar cara ini baru menjadi!

Pokok ketumbar atau coriander. Sebelum ini, banyak kali tanam guna keratan akar batang tapi tak menjadi. Bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.

Kali ini, cuba semai daripada biji ketumbar (beli di Mr. DIY jenama Trio). Tak rendam dulu pun, terus semai. Alhamdulillah, senang hidup dan subur. Apa yg saya belajar.

Ads
Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar, Confirm Menjadi & Tip Penjagaan Supaya Hidup Subur
Anak ketumbar usia 2 minggu, waktu ini kena letak tempat teduh dulu.

✅2 minggu baru tumbuh.

✅Siram pagi & petang.

Ads

✅Siram waktu tengah hari jika cuaca panas & pokok nampak layu(1 gelas air sahaja).

Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar, Confirm Menjadi & Tip Penjagaan Supaya Hidup Subur
Anak pokok usia sebulan. Dah kena alih ke pasu lain, mencabar sebab akar dah bercantum.

✅Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain).

Ads

✅Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras.

✅Pokok ketumbar suka air, tanah kena sentiasa lembap tapi bukan terendam ya.

Cara Mudah Tanam Pokok Ketumbar, Confirm Menjadi & Tip Penjagaan Supaya Hidup Subur
Usia 2 bulan, dah banyak pokok dapat. Subur semuanya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Rosziyana Bakar.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI