Popia sira cili ini memang selalu kita beli dan bila dah makan biasanya tak boleh berhenti. Rasa pedas, manis dan rangup itulah yang sedap.
Popia ini boleh sangat kalau nak buat sendiri, cuma kita kena tahu cara nak jadikan ia rangup dan tahan lama. Dikongsi oleh peniaga popia sira sendiri iaitu Siti Mariam ini rahsia yang dikongsi.
Rahsia popia sira cili makin sedap lebih rangup & tahan lama
Nak resipi supaya popia sira rangup dan tahan lama. Tiada rahsia, ini kita bagi ikhlas.
Ok saya kongsikan resipi popia sira cili.
Sediakankan 1 paket kulit popia. Gulung dan hujungnya letak bancuhan tepung gandum, air dan garam supaya tidak terlerai.
2. Selepas gulung, potong atau gunting secara menyerong. Kemudian boleh goreng hingga garing. Toskan.
3. Sediakan bahan sira, kisar cili kering, bawang putih, dan bawang merah. Ambil dalam 2 senduk dan tumiskan dalam minyak yang dipanaskan.
4. Bila dah naik bau masukkan garam, asam jawa, serbuk perasa dan gula dalam 2 senduk. Tumis sampai sambal betul-betul kering dan pekat.
5. Selepas itu masukkan popia goreng tadi, gaul rata hingga sambal meliputi semua popia. Tabur bijan dan gaul lagi. Kemudian tutup api.
6. Supaya popia sira cili ini tahan lama dan lagi rangup masukkan dalam oven. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah Selsius.
7. Sejukkan dan boleh simpan dalam bekas yang sesuai.
Nak kurus tapi bila malam, makan tak ingat. Ini kegagalan besar kita yang nak berdiet. Sebabnya bila dah pulang kebanyakan wanita akan masak untuk suami dan anak.
Waktu ini perut pun mula rasa lapar kerana banyak tenaga yang dah habis selepas seharian bekerja. Sudahnya kita akan gagal kawal nafsu lalu makan bersama mereka, maka hancurlah diet kita hari itu.
Bagi anda yang berdepan dengan masalah ini maka disarankan mengamalkan minuman yang dikongsi oleh Nurul Moleek Cereprove.
Boleh kenyang sampai waktu tidur
Menurutnya petua kurus berupa minuman campuran epal hijau, kurma, serbuk kayu manis dan susu ini dikongsi kerana terbukti berkesan selepas diamalkan.
Dia mengamalkan minum minuman ini jam 7 malam dan inilah yang membantunya berasa kenyang sehinggalah waktu tidur.
Bila perut berasa kenyang ia sekali gus mengelakkan kita terjebak dari makan sewaktu menyediakan hidangan untuk keluarga.
Kata Nurul lagi ia sesuai diamalkan untuk ibu baru bersalin yang menyusukan anak kerana tidak menjejaskan penghasilan susu. Malah ia juga membantu wanita yang mengalami masalah sembelit.
Bagi yang mahu mencuba berikut adalah cara menyediakan minuman diet ini yang dikongsi:
Bahan yang diperlukan
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon
1 gelas susu (boleh pilih susu rendah lemak)
Cara membuat
Potong kecil buah kurma dan epal. Tak perlu buang kulit kerana bahagian itu mengandungi flavanoid yang baik untuk jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu, buah yang dipotong dan serbuk kayu manis Ceylon tadi dalam alat pengisar. Lebih enak jika dicampurkan dengan ais.
Kisar sampai halus semua bahan dan tuang dalam gelas.
Boleh terus diminum kerana kuantiti bahan ini adalah untuk satu hidangan.
Khasiat kayu manis Ceylon
– Mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak
– Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
Ayam goreng salut tepung yang rangup ini memang kegemaran semua dan selalu kita buat di rumah. Tapi ramai yang tak berjaya hasilkan salutan tepung yang berkerinting supaya ayam jadi rangup macam ala-ala KFC.
Rupanya untuk dapatkan ayam salut tepung yang bekerinting ini mudah saja. Dikongsi oleh Reha Rahman, caranya ayam yang disalut kena celup dalam air. Untuk lebih jelas boleh ikut perkongsian beliau ini.
Cara buat ayam goreng banyak kerinting
Nak juga makan sedap tapi kalau boleh cara masaknya paling simple dan cepat. Macam saya ada anak-anak kecik memang tak dapat duduk lama kat dapur. Saya share masakan ayam goreng ala KFC versi saya dengan 2 bahan perapan saja.
Bahan perap :
Kunyit
Stok ayam maggi
Bahan salutan ayam :
Tepung gandum
Tepung Bistari
Cara-cara masak
Satu sudu kecik serbuk kunyit, sukatan ini untuk sekilo kepak ayam.
2. Gaul dengan stok ayam pekat Maggi. Perasa ini dah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan. Guna 3 sudu makan kemudian perap ayam dalam sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Saya selalu perap semalaman. Perap malam ini untuk masak esok hari. Simpan dalam peti.
3. Ambil satu cawan tepung gandum, setengah cawan tepung Bistari. Saya campur tepung gandum sebab bila semua salutan guna tepung Bistari boleh rasa muak bila makan banyak.
4. Sebati kan tepung gandum dan tepung Bistari. Salut ayam perapan dengan tepung.
5. Petua nak bagi ayam ada kerinting-kerinting, ayam dibasahkan dengan air. Sediakan air dalam mangkuk, masukkan ayam bersalut tepung dalam air rendam dalam beberapa saat.
6. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak kerinting-kerinting . Nak lagi banyak kerinting boleh ulang dengan rendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung macam proses awal tadi.
7. Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Siap, hasilnya memang ada banyak kerinting yang buat ayam goreng rangup tak terperi.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...