Petang-petang dapat makan ubi keledek manis rebus yang masih panas syok.
Tapi nak cari keledek manis ini agak susah. Kalau alang-alang dah jumpa keledek ini di pasar boleh cambahkan benih kalau nak tanam.
Cuma ambil seketul keledek, potong dan terus tanam. Senang sangat kalau ikut cara yang dikongsi oleh Rose Bellynn.
Cara mudah tanam pokok ubi keledek
- Ambil seketul dua ubi keledek yang kita beli, potong jadi 3-4 bahagian.
2. Terus tanam ke tanah sama ada dalam pasu, polesterin, plastik beras atau atas batas.
3. Pastikan jangan kambus atau tutup permukaan ubi keledek yang dipotong dengan tanah. Siram.
4. Dalam 2 minggu tunas akan naik di bahagian tepi keledek yang dipotong tadi. Satu potongan boleh ada sampai 4 benih dengan 6-7 helai daun.
5. Pastikan selalu gembur tanah supaya ubi jadi banyak. Ini baru usia 2 bulan. Biasanya dalam 4-5 bulan ubi keledek boleh dituai.
Selamat mencuba!
Sumber: Rose Bellynn
Kalau Banyak Makan Daging Waktu Raya, Amalkan Petua Ini Untuk Turunkan Tahap Kolesterol
Kebiasaannya bila hari raya ada banyak menu berasas daging yang kita makan. Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi lah.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi. Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol.
Cara ini disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.
Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini. Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
1. Amalkan minyak zaitun
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
3. Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.
4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Alicin fungsinya membantu cairkan darah.
5. Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren, leom atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sebagai antikolesterol.
6. Teh hijau pun elok
Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yg boleh membantu turunkan kolesterol.
7. Minyak ikan kaya omega
Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.
Sumber: Dr Suri Roowi
Artikel berkaitan : 7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi
Buat Sendiri Pai Tee Ala The Chicken Rice Shop. Sama Rangup & Sedapnya, Puas Makan
Kalau makan di restoren nasi ayam Chicken Rice Shop antara yang selalu kita pesan adalah pai tee. Kulit pai yang rangup bersama sayur cicah pula dengan sos memang cukup sedap. Selalunya tak cukup satu.
Pai tee ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri asalkan ada loyang (boleh beli di SINI) dan ikut cara yang dikongsi oleh Zaliha Zaliha Salleh.
Buat sendiri pai tee
Pai Tee ala Chicken Rice Shop. Krup krap rangup kulitnya. Puas anak-anak makan.
Bahan untuk kulit
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sesudu kecil air kapur
Sedikit garam
Sebiji telur
Bahan untuk inti
Sengkuang, lobak merah, timun ( potong halus dan memanjang)
Bawang putih dan bawang merah – dicincang (untuk menumis)
Isi udang/ayam -dikisar
Cara membuat pai tee
- Campur semua bahan dalam bekas, kacau hingga sebati adunan.
- Panaskan acuan dan goreng macam buat kuih loyang.
Cara membuat inti
- Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan isi udang/ayam.
- Kemudian masukkan sayur yang dipotong tadi. Kacau sekejap dan terus tutup api.
- Masukkan sayur ini ke dalam pai tee yang siap digoreng dan juga sos (sos nasi ayam).
Selamat mencuba.
Sumber: Zaliha Zaliha Salleh
Langsir DIY Tutup Ruang Bawah Singki Untuk Dapur Belum Ada Kabinet
Bila rumah kemas barulah hati tenang. Tapi nak mengemas bahagian dapur paling mencabar adalah bahagian bawah sinki untuk rumah yang tiada kabinet, hanya ada table top saja.
Semua barang tersimpan di bahagian ini akan terdedah dan nampak serabut kalau tak pandai menyusun atur.
Namun terima kasih pada perkongsian Ayzar Nur yang lalu di timeline Facebook admin. Menarik sangat untuk dikongsi.
Bagi menyelesaikan masalah yang sama di dapurnya Ayza Nur mengubah suai shower curtain untuk menutup bahagian ini.
Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.
Paling best modalnya sangat jimat tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah ini.
SEBELUM
SELEPAS
Barang yang diperlukan
2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)
Cara membuat
1. Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
2. Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
3. Selaraskan panjang curtain bar.
4. Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
5. kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
6. Kemaskan dan siap!
Idea lain
Selamat mencuba!
Sumber: Ayza Nur