
Petang-petang dapat makan ubi keledek manis rebus yang masih panas syok.
Tapi nak cari keledek manis ini agak susah. Kalau alang-alang dah jumpa keledek ini di pasar boleh cambahkan benih kalau nak tanam.
Cuma ambil seketul keledek, potong dan terus tanam. Senang sangat kalau ikut cara yang dikongsi oleh Rose Bellynn.
Cara mudah tanam pokok ubi keledek
- Ambil seketul dua ubi keledek yang kita beli, potong jadi 3-4 bahagian.
2. Terus tanam ke tanah sama ada dalam pasu, polesterin, plastik beras atau atas batas.
3. Pastikan jangan kambus atau tutup permukaan ubi keledek yang dipotong dengan tanah. Siram.
4. Dalam 2 minggu tunas akan naik di bahagian tepi keledek yang dipotong tadi. Satu potongan boleh ada sampai 4 benih dengan 6-7 helai daun.
5. Pastikan selalu gembur tanah supaya ubi jadi banyak. Ini baru usia 2 bulan. Biasanya dalam 4-5 bulan ubi keledek boleh dituai.

Selamat mencuba!
Sumber: Rose Bellynn
Buat Air Mandian Daun Ini Bila Badan Rasa Letih, Tak Bermaya. Lepas Siram Terus Rasa Segar

Isi Kandungan
ToggleTak demam tapi tubuh letih tak bermaya. Rasa nak cuti dan berehat tapi apakan daya tuntutan kerja kena dilakukan juga. Kalau ada yang dalam keadaan ini, elok amalkan air mandian daun ini untuk memberi kesegaran pada tubuh yang tak bermaya.
Menurut Sue Arukin cuma rebus air bersama daun-daun di bawah, gunakan untuk mandian dan boleh terus rasai kesegaran dari aroma daun-daun ini. Air mandian daun ini boleh digunakan tak kira lelaki atau wanita.
Air mandian daun untuk segarkan badan letih tak bermaya
Hari ini saya nak share resepi tapi bukan resipi makanan ya! Resipi ni untuk kesegaran tubuh badan dan boleh diamalkan oleh sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan.
Khasiatnya badan akan terus rasa segar/wangi lepas mandian/rendaman. Kalau rajin buatlah seminggu sekali macam saya selalu buat. Lebih bagus lagi kalau tanam sendiri pokok-pokok yang digunakan ni.
Bahan bahan air mandian daun
10-15 helai daun pandan – siat & simpul
Segenggam daun serai wangi – ikat
20 helai daun limau purut- siat
5 biji limau purut – ambil kulitnya sahaja
10 helai daun lengkuas – siat
10 helai daun jambu batu
10 helai daun halia – siat
Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)
Cara penyediaan
1. Cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan bersama air selama 1-2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.
3. Tapis dan tuang dalam besen atau baldi yang berisi air (kalau ada bathtub lagi best)
4. Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain.
5. Jirus pada seluruh badan dan bilas.
Semoga bermanfaat
Sumber: Sue Arukin
DIY Baiki Cermin Kereta Yang Retak, Senang Rupanya Modal Pun Cuma RM10!

Biasa berlaku cermin depan kereta mengalami retak kecil mungkin akibat terkena batu ketika memandu.
Retak kecil saja takkan nak ganti baru kan. Kalau nak tukar modalnya besar tak padan pulak dengan kerosakannya.
Buat yang ada masalah ini boleh atasinya dengan baiki sendiri retak kecil ini. Caranya ditunjukkan oleh Berani Buat.
Bajet RM10
Dengan bajet RM10 cermin kereta yang retak ini boleh pulihkan cuma dengan beli produk Windshield Repair yang boleh dibeli di MR DIY atau pun di Shopee.
Caranya boleh rujuk pada video yang dikongsi Berani Buat
Ringkasannya:
1. Lap cermin kereta
2. Letakkan alat atas cermin yang retak, ambil mini pam pusing untuk pastikan ia lekap kuat
3. Letak gam pada corong yang disediakan untuk gam masuk dalam rekahan. Kemudian cabut alat tadi
4. Anda akan dapati kesan retak pada cermin dan berkurang.
5. Tuang baki gam pada bahagian cermin yang retak kemudian letak plastik yang disertakan. Lurut untuk buangkan gelembung.
6. Jemur di tempat panas hingga kering.
7. Cabut plastik lalu kikis gam menggunakan pisau yang diberi.
8. Siap!
Sumber: Berani Buat
Ibu Anak 7 Kongsi Tip Urus Kerja Rumah Hujung Minggu Supaya Tetap Ada Masa Keluar Dengan Famili

Isi Kandungan
Toggle
Bukan mudah jadi seorang ibu dengan anak tujuh. Mana nak urus anak, suami, rumah dan kerja.
Namun jangan asyik komplen. Sebaliknya seorang wanita perlu bijak urus masa dan urus diri. Apa pun alasan, ibulah suri bagi sesebuah rumahtangga.
VK suka nak kongsi tip bermanfaat daripada seorang ibu bernama Nur Baizura A Bakar, berumur 37 tahun. Dia yang menggunakan nama instagram zuera_burn memberikan panduan untuk ibu yang ingin meluangkan lebih banyak masa pada hujung minggu bersama suami dan anak. Dia berkongsi cara uruskan kerja di rumah supaya lebih cepat siap secara sistematik.
Bayangkanlah betapa ibu ini hebat uruskan tujuh anak yang berumur dari 16, 14, 12, 10, 8, 6, 4 dan paling kecil 1 tahun 3 bulan. Dia bukan surirumah sepenuh masa. Dia ialah seorang guru. Malah di rumah dia turut menjahit dan mengambil upah menjahit. Banyak kerja yang dilakukan namun rumahtangganya terus dengan berkesan.
Ditanya dari mana dia mendapat idea untuk uruskan rumahtangga secara sistematik begini, jawapannya begini.
“Saya sejak kecil suka mengemas. Adik-beradik saya 10 orang. Emak saya menjahit dan ayah saya pegawai kerajaan. Tinggal di KL memang kos sara hidup tinggi. Saya faham ibu saya memang tak cukup masa nak mengemas. Jadi kami adik-beradik akan bahagi tugas.
“Sorang kemas dapur, ayah saya balik kerja dia yang akan masak. Sorang akan urus kain baju. Saya la tu. Sorang lagi akan menyapu dan masing-masing ada tugas. Bila saya ada anak, saya apply apa yang saya buat dulu supaya masing-masing tahu tanggungjawab mereka.”
Utamakan dapur dulu
Mak mak memang macam ni. Kalau saya yang utama dapur dulu lepas tu baru bab kain baju sebab kalau ahli rumah lapar nanti tak selesa nak mengemas. Kejap-kejap sorang masuk dapur lepas tu sorang lagi. Diorg tak minta tapi diorg masak sendiri. Jadi untuk mengelakkan dapurku bersepah baik siap-siap masak baru lah boleh buat kerja lain.
Macam mana nak buat?
Tips utk jimat masa, sebab saya nak spend masa untuk suami dan anak kalau hari cuti. So tak nak lah nanti hari cuti tapi kita terlalu sibuk dengan nak urus rumahtangga. Jadi kena kemas time yang diorg sibuk atau tiada di rumah.
Hari terakhir kerja contohnya pantai timur cuti Jumaat jadi hari Khamis lah kan. Balik kerja hari khamis tu terus buat ni;
1️. Perkara pertama adalah kutip semua baju dan basuh…pastikan semua siap termasuk baju putih.
2️. Lepas tu kemas semua bahagian utama iaitu ruang tamu, ruang rehat,lepas tu semua ruang dan bilik yang memang tak digunakan kecuali bilik tidur…kemas, lap habuk dan sapu tak termasuk vacuum dan mop.
3️. Lepas tu bersiap laa untuk dinner kan? Sambung malam pula
4️. Malam boleh sidai baju kalau pakai dryer memang terus boleh siap la.
5️. Malam juga boleh kemas bilik
Malam dah siapkan semua, pagi mudah nak memasak
Esok pagi bangun jer boleh terus sinsing lengan;
1️. Sapu semua ruang, vacuum dan mop
2️. Okay dah siap pun kemas sebab semua dah siap-siap semalam kan. Jadi bolehlah masuk dapur dengan tenang siapkan breakfast dan siapkan bahan untuk minggu depan pula
3️ Kalau anda bijak merancang masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam jer untuk cuci, packing dan siap masak untuk tengah hari pula sambil kemas dapur.
4️. Lepas tu boleh sambung lipat baju,g osok baju dan sediakan pakaian untuk minggu depan juga.
Kena rajin dan bijak urus masa
Siapppp untuk seminggu! Saya pun ada anak kecik tapi masih lagi boleh buat dengan gangguan si kecik. Eh silap….saya anak 7 boleh buat takkan uols baru anak 2-3 takleh buat. Sentap laa sentap…sebab bila tak amal rajin sekarang nanti malas tu sampai laa ke tua. Ada jer anak dah 4 kemas tempat tidur pun malas.
Bertabahlah mak mak sekalian. Memang macam tu pun, kalau suami tolong layan dan tolong kemas sekali memang bertuah laaa mak mak sekalian. Sambil kemas-kemas.
Kalau tengok cara ibu ini uruskan rumahtangga, macam senang je kan. Kena pandai buat mana yang penting dulu, lepas tu siapkan yang lain-lain. Kagum betul VK. Puan ni anak tujuh orang. Siap boleh ambil upah menjahit lagi tu. Fuhhhh. Kalau nak lebih tip urus masa, korang boleh jengan instagram puan ni. Banyak tip proven yang mak-mak boleh ikut. Rajin dengan tak rajin je la nak ikut…
Sumber: Zuera Burn