
Bila beli bekas makanan plastik mahu pun nak guna semula bekas plastik ini, selalu akan ada stiker tanda harga.
Ada yang senang dibuka tapi selalu juga yang melekat dan tinggalkan kesan hingga nampak tak cantik. Dah cuci, sental pun tak nak hilang.
Jangan buang pulak ya, sebenarnya nak buang kesan lekatan stiker ini mudah saja. Caranya dikongsi oleh ahli kimia, Fatimah Salim.
Cuma guna minyak masak dan tisu dapur
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
INFO:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Sumber: Fatimah Salim
Buat Air Stok Lemon & Madu, Kaedah Semula Jadi Detoks & Turunkan Kolesterol. Begini Caranya

Hampir setiap hari kita akan makan hidangan berlemak dan berminyak. Tak mustahil kolesterol pun tinggi.
Supaya tak terjadi masalah lain berkait dengan kolesterol tinggi ada baiknya kita amalkan langkah pencegahan. Lagi elok kalau guna cara semulajadi tak perlu makan ubat.
Antara caranya adalah amalkan air perapan lemon madu seperti yang dikongsi oleh Siti Hasnah AR. Seperti yang ramai maklum buah lemon dan madu itu sendiri memang banyak khasiatnya.
Cara buat stok lemon madu untuk detoks & turunkan kolesterol
Caranya
- Ambil 6 biji lemon rendam sekejap bersama air dalam selama 10 minit.
2. Kemudian basuh bersih, potong nipis dan buang biji.
3. Masukkan dalam mangkuk, boleh tambah halia jika suka.
4. Masukkan 300ml madu asli, secubit garam dan 1 senduk gula perang jika suka. Jangan tambah air.
5. Gaul hingga sebati dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk, esok hari dah sedia untuk digunakan.
Cara penyediaan
Ambil pati lemon madu ini dalam 2 sudu besar dan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan untuk detoks dan kurangkan kolesterol. Boleh juga minum waktu pagi.
Walaupun perap dengan kulit lemon tapi rasanya tak pahit. Kulit lemon pun banyak khasiat rugi beli mahal kalau buang.
INFO
- Ada yang tanya tak letak air tapi macam mana nampak penuh balang dengan air. Itu memang air semula jadi yang terhasil dari perapan ini. Sungguh tak tipu. Mungkin ada yang tak tahu bahawa lemon ada air tersendiri ciptaan Allah, bila dah gaul dgn gula dan madu maka terjadi la begitu.
- Jangan bimbang ini juga tak buat kita sakit perut. Asalkan jangan minum terus air pati sampai sebalang. Itu pati ya, kena campur air.
- Jika rasa nak letak lemon dan madu saja pun boleh. Jika nak letak stevia, pastikan waktu sediakan minuman, jangan perap sekali sebab boleh hilangkan khasiat stevia. Tapi sebaiknya untuk detoks dan kurangkan kolesterol amalkan tanpa gula tambahan.
Selamat mencuba
Sumber: Siti Hasnah AR
Kereta Keluar Bunyi Lain Macam Bila Memandu Petanda Ada Yang Rosak

Isi Kandungan
ToggleKereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya dikesan dari bunyi ‘lain macam’ yang dihasilkan.
Jadi kalau pandu kereta dan terdengar bunyi-bunyi yang lain dari biasa di beberapa bahagian kereta pastikan ia tidak abaikan. Itu petanda ada kerosakan. Lebih baik periksa di bengkel sebelum terlambat dan kos kerosakan makin tinggi.
1. Bunyi ketukan di bahagian tayar
Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.
2. Bunyi seperti siulan terutamanya ketika pusing di selekoh
Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak!
3. Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek
Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.
4. Bunyi nyaring dari bahagian bonet
Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!
5. Ekzos mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut
Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.
6.Bunyi bergeser kuat
Bunyi bergeser apabila memandu boleh disebabkan tali sawat kereta anda sudah mula rosak atau sudah sampai waktunya. Jika tali sawat kereta anda putus semasa memandu, kereta anda tidak akan boleh bergerak lagi kereta tiada charging daripada alternator, jadi buat pemeriksaan sebelum ia putus adalah lebih baik daripada tersadai tepi jalan.
7. Bunyi clicking
Jika anda membuat pusingan stering sampai habis dan ada bunyi berketik cliking, ini mungkin disebabkan oleh driveshaft kereta anda dah rosak atau haus. Driveshaft yang rosak perlu ditukar secepat mungkin, supaya masalah tidak melarat kepada gearbox rosak pula.
8. Bunyi hissing macam ular
Jika kereta anda ada bunyi hissing datang daripada dalam bonet kereta semasa kereta sedang idle, enjin kereta anda mungkin sedang overheat, yang mana ia adalah masalah yang serius. Walaubagaimanapun, ia mungkin juga bermakna anda mungkin mempunyai vacuum hose yang bocor, yang mana ia mudah diselesaikan sebaik sahaja anda tahu daripada mana kebocoran tersebut.
9. Kereta keluar bunyi macam ‘penampar’
Jika anda dengar macam bunyi benda menampar sesuatu, yang mana bunyi tu makin laju apabila kereta semakin laju, salah satu tayar mungkin sudah pancit. Memandu dalam keadaan tayar pancit atau rosak boleh menyebabkan kerosakan teruk pada tayar. Dan jika bunyi itu muncul, segera berhentikan kereta dan periksa tayar kereta anda.
10. Bunyi bergeser bila tukar gear
Jika gear anda menghasilkan bunyi bergeser apabila tukar gear, ia mungkin bermakna klac kereta anda sudah haus atau batang klac perlu di adjust. Geseran gear juga boleh memberi makna transmisi kereta anda ada masalah yang lebih teruk lagi di bahagian dalam gearbox.
11. Bunyi dengung
Jika anda mendengar bunyi dengung datang daripada tayar kereta anda dan berubah apabila kereta anda semakin laju, ia bukan bermakna ada sesuatu tersangkut bawah kereta anda. Ia datang daripada axle atau bearing kereta anda. Ia tidak perlu berhenti tepi jalan, terus ke bengkel anda dan buat penukaran sebelum ia merosakkan tayar kereta anda.
Sumber: Sinar.my & Cikgu Kereta
Baca Lagi: Tip Penjagaan Kena Buat Untuk Kereta Tamat Tempoh ‘Warranty’ Supaya Tahan Lama, Tak Selalu Rosak
Cara Buat Air Semburan Bunga Cengkih Untuk Pulihkan Pokok Cili Kena Serangan Perosak

Memandangkan hampir setiap hari menggunakan cili dalam masakan, ramai yang tanam pokok ini di rumah.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah selalu terkena serangan bena putih atau seranggan perosak hingga menyebabkan daunnya rosak dan luruh.
Ada pokok yang dah besar dan tak sempat berbuah lagi dah hampir mati dek serangan perosak ini. Jika pokok cili yang ditanam di rumah berdepan masalah yang sama boleh cuba atasi menggunakan semburan organik yang dikongsi oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery.
Menggunakan air rebusan bunga cengkih pokok cili yang terkena serangan perosak akhirnya pulih semula. Berikut adalah cara yang dikongsi.
Pokok cili kena serangan perosak pulih lepas sembur air bunga cengkih
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ini. Kena serangan bena dan parasit yang buat daunnya kerinting.
Terima kasih buat yang beri petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi sekarang dah berbunga dan berbuah.
Saya kongsi cara yang saya buat;
1. Ambil segenggam bunga cengkih, rebus dengan 1 liter air.
2. Rebus dalam 15-20 minit. Kemudian biarkan sejuk.
3. Esoknya masukkan dalam botol penyembur dan sembur pada pokok cili.
4. Untuk permulaan sembur 2 kali sehari pagi nselepas siram pokok.
Saya buat begini 2-3 hari saja. Selepas seminggu sembur seminggu sekali. Pastikan sembur rata pada pokok atas bawah, depan belakang.
Selepas itu boleh tengok perbezaannya.
Selamat mencuba
Sumber: Khairulazani Bin Hassan