Bila pesan minuman sejuk di restoran mesti ada masa kita tertanya tanya ais ketul yang dimasuk dalam minuman kita ni guna air masak atau air paip.

Bagi yang mementingkan kesihatan dan kebersihan perkara ini akan selalu bermain di fikiran. Bayangkan jika selama ini restoren yang biasa kita pergi rupanya guna ais ketul dari air paip  yang tak dimasak.

Ads

Kita sendiri maklum bahawa air paip yang tak dimasak mengandungi bakteria E.coli. Jadi mengambil ais dari air paip yang tak dimasak ini mungkin boleh memudaratkan kesihatan.

Tapi macam mana kita nak bezakan ais yang dibuat dari air masak atau air paip? Bila dah tau beza senanglah kita nak elakkan.

Ads

Ais dari air paip

Untuk membezakannya perhatikan warna ais. Ais dari air mentang berwarna putih kerana masih banyak yang yangt terperangkap di dalamnya. Biasanya ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Air ini jelas tak elok untuk diminum biasanya ia digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar basah.

Ads

Ais guna air masak

Ais dari air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalam ir terlepas ketika proses merebus air. Biasanya ais seperti ini disebuat ais kristal. Kini ais kristas sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.

Tapi tak salah jika kita memeriksa dulu ciri-ciri ais sebelum meminumnya.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI