Cara Nak ‘Check In’ Apps MySejahtera Sekeluarga Sekaligus. Tak Perlu Tulis Nama Sorang-sorang Dalam Buku Dah

Share

 

Sekarang ini kalau nak pergi mana-mana kebanyakannya mesti check in apps MySejahtera.

Kalau check in sorang-sorang takde masalah. Tapi kalau keluar satu famili dengan anak-anak kecil kenalah tulis dalam buku. Leceh juga sebab kena tulis nama
sorang-sorang.

Tapi sebenarnya kita boleh saja check in beramai-ramai sekaligus jika keluar dengan anak menggunakan app My Sejahtera. Mudahlah sikit, sekali saja check in walau ada tiga anak, contohnya.

Langkah nak ‘check in’ MySejahtera beramai-ramai sekaligus

Macam mana nak buat? boleh ikut langkah ini.

1. Klik Apps MySejahtera di telefon kemudian kemudian pergi ke Home. Bahagian atas sebelah kanan ada kategori More. Klik di situ.

2. Bila klik akan keluar seperti di bawah. Cari Manage Dependents dan klik.

3. Kemudian akan keluar seperti ini. Add dependents pada bahagian bawah.

 

 Isi detail pada borang, pastikan isi nama penuh. Kalau lebih daripada seorang, tekan add another kemudian save. Selain anak boleh juga letak sekali nama ibu bapa kita yang tiada kemudahan smartphone jika kita selalu keluar dengan mereka.

Setiap kali nak ‘check in’ guna apps MySejahtera, akan tertera I’m with…. Klik pada nama yang bersama dengan kita. Jika sendirian, boleh terus tekan
check in di bahagian bawah.

Jadi mudahlah kita nak patuhi SOP,  check in sekali gus bila keluar dengan anak-anak.

NOTA
Perlu diingat, add dependents ini adalah untuk mereka yang tiada kemudahan smartphones seperti anak-anak kecil dan orang tua. Bagi yang dah ada boleh check in MySejahtera guna telefon sendiri.

 

 

 

Published by
VK