Ramai yang tanam pokok aloe vera di rumah. Pokok ini memang banyak khasiat terutama dalam kecantikan, malah ia juga berguna untuk merawat masalah kulit seperti luka, ruam, gatal-gatal dan sebagainya.
Tapi selain dari kegunaan luaran, isi aloe vera ini juga boleh diolah menjadi jeli yang enak dimasukkan dalam minuman. Dah tentu lebih berkhasiat kerana seperti yang diketahui aloe vera ini boleh merangsang penghasilan kolagen sekali gus membantu kulit jadi lebih anjal dan muda.
Bagi yang menanam pokok aloe vera ini, elok sangat memanfaatkannya. Boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali untuk mengolah aloe vera ini menjadi jeli yang boleh digunakan dalam minuman.
Petang tadi ambil 5 pelepah aloe vera untuk buat campuran dalam minuman kegemaran saya, sirap ais lemon + gel aloevera.
Ini cara saya memproses aloe vera. Setiap orang ada cara yang tersendiri.
1. Basuh sehingga bersih pelepah aloe vera (jangan guna pokok aloe vera berbintik kecil, yang ini tak boleh dimakan).
2. Kerat jadi beberapa bahagian. Buang duri di kiri dan kanan pelepah.
3. Pelepah aloe vera tadi direndam dalam air garam. Ia bertujuan utk membuang getahnya yang berwarna kuning. Biarkan dalam beberapa minit.
5. Sediakan air garam dan air kapur sirih. Selepas potong dadu isinya terus rendam dlm air tersebut.Tujuannya untuk singkir lendir dan getah aloe vera.
6. Setelah siap potong dadu, basuh dengan air bersih. Rendam sekali lagi dalam air garam sahaja. Biarkan selama beberapa minit.
7. Kemudian basuh lagi dan rebus sekejap dalam air yang telah dididihkan dahulu. Angkat tos.
Inilah rupanya isi aloe vera yang telah siap direbus. Sedia untuk dicampurkan dalam minuman kegemaran anda.
Selamat mencuba.
Sumber: Ibrisam Wossali