Terbang bercuti sama ada dalam atau luar negara memang waktu yang ditunggu tunggu. Tapi tak semua yang pergi bercuti ini ada bajet yang banyak. Ramai juga yang mengumpul jangka masa lama untuk merealisasikan impian bercuti ini.
Sebab itu ada yang sangat berkira tentang bajet termasuklah tambang untuk ke KLIA yang kita tahu agak mahal. Jika ambil kenderaan e hailing atau teksi harganya mesti lebih dari RM60 biasanya.
Tapi bagi yang nak jimat ada cara yang murah sebenarnya untuk kita ke KLIA. Kaedahnya dikongsi oleh @elybaeraq di akaun Twitter miliknya.
Caranya guna saja MRT Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral. Kos untuk perjalanan ini hanya RM9.40 saja.
Ads
Cara jimat pergi KLIA2, kos bawah RM10
-Saya jumpa cara baru yang murah nak pergi ke KLIA2.
-Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.
Ads
-Saya memang agak kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Cara ini juga lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres.
Ads
Selain itu jelasnya perjalanan menggunakan MRT tersebut adalah percuma memandangkan dia menggunakan My50 Unlimited Travel Pass (My50).
INFO: Bagi mereka yang tidak melanggan My50, boleh menggunakan MyCity Pass dengan harga RM5. Melalui pas ini kita boleh menaiki MRT ke mana saja dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan dikenakan.
Kunyit hidup dan daun kunyit antara bahan yang kerap kita guna dalam masakan. Selain itu ia juga tanaman yang selalu kita tanam di halaman rumah.
Sebabnya, pokok kunyit antara yang cukup mudah untuk ditanam. Lihat saja cara yang dikongsi oleh Maisarah Mahyuddin. Cuma ada tiga langkah saja.
1. Beli kunyit hidup di pasar pagi/supermarket.
2. Biarkan saja kunyit di tempat letak bawang sehingga nampak tunas( biasa saya beli banyak, saya biarkan yang tak digunakan tumbuh tunas).
3. Bila nampak tunas, potong sebahagian yang bertunas kemudian tanam sedikit dalam bekas berisi tanah kompos. Dalam beberapa minggu akan nampaklah pucuknya.
4. Jangan lupa konsep ABC : air-baja-cahaya
TIP
Bagi daun yang dah besar, mungkin ada masalah ulat menyebabkan daun bertukar berwarna kuning. Sebaiknya daun ini dipotong.
Jangan lupa letak baja untuk elakkan serangan ulat. Boleh guna baja Ezygrow (klik untuk beli) ini untuk tanaman.
Lidi tajam itu untuk elakkan kucing buang najis dalam pasu.
Daging burger selalu ada dalam peti sejuk rumah kita. Buat burger sekali saja, lebihnya simpan tak bergerak-gerak.
Kalau daging burger ini masih ada, nak masak burger pun tak tahu bila eloklah tukar jadi lauk pulak. Lauk ini memang ringkas sesuai sangat makan waktu sahur. Menu ini juga popular kalangan pelajar terutama waktu hujung bulan.
Daging burger jadi lauk
Bahan-bahan
Daging burger – dipotong memanjang
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Sos tiram
Sos cili
Cara membuat:
Panaskan kuali, goreng seketika daging burger. Angkat dan tos
2. Tumis bawang merah, bawang putih dah cili padi hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau.
4. Masukkan daging burger yang digoreng tadi kemudian gaul sebati. Siap
Belum habis wabak Influenza, tersebar pula virus Novel Coronar. Keduanya boleh mengancam nyawa justeru kita semua diminta menjaga diri dan kebersihan untuk mengelak dari dijangkiti.
Salah satu langkah penting perlu dipraktikkan pada waktu penularan wabak ini adalah pemakaian topeng muka.
Memang ramai yang akur namun sayangkan ramai yang salah memakainya menyebabkan kita tak dapat perlindungan sepenuhnya.
Menurut wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Seto Wing Hong pemakaian topeng muka memang berkesan untuk memastikan kita selamat dan mengelakkan virus dari tersebar tapi syaratnya ia mesti dipakai dengan betul.
Begini cara pemakaian yang betul topeng muka menurut beliau.
INFO
Topeng muka mempunyai dua bahagian. Biru di luar kerana ia kalis air manakala bahagian putih di dalam, jadi bila batuk ia menyerap.
Bila memakai topeng muka pastikan bahagian biru di luar dan putih di dalam.
Letak bahagian tepi yang tebal di atas hidung dan picit supaya ia melekap pada hidung. Kemudian tarik topeng ke bawah, pastikan ia menutup hidung dan mulut.
Topeng muka tidak boleh diulang pakai. Buang selepas sekali penggunaan.
Selain itu membuka topeng juga ada caranya, pegang hanya bahagian tali kerana bahagian topeng telah tercemar, kemudian terus buang ke dalam tong sampah.
Basuh tangan selepas memegang topeng muka terpakai.