Laman

Cara Orang Tua Dulu Tanam Pokok, Pilih Hari Yang Sesuai Ikut Hari Kalendar Islam. Alhamdulillah Menjadi

Share

Supaya tanaman menjadi baik pokok sayur atau buah kita akan menekankan benih yang berkualiti, penjagaan, dan juga baja.

Tapi berbeza dengan orang tua kita dahulu. Selain perkara di atas mereka juga mengambil kira hari yang sesuai untuk bercucuk tanam. Kalau ikut cara orang tua dulu untuk tanam pokok ada hari tertentu mengikut jenis pokok.

Menurut Wadi Idris perkara ini turut masih dipraktikkan oleh ayahnya. Jelasnya orang tua dulu akan bercucuk tanam mengikut hari yang sesuai untuk jenis-jenis pokok. Berikut perkongsian beliau.

Hari yang sesuai tanam pokok ikut kalendar Islam

Abah dari dulu lagi memang kalau nak tanam pokok dia xakan tanam sebarangan hari,, dia ikut petua org lama dengan kiraan mengikut kalendar Islam. Contohnya

  • 1 haribulan hari akar – sesuai tanam keledek, keladi, ubi kayu dan sebagainya
  • 2 haribulan hari batang – tanam pokok seperti tebu dan serai dan seumpamanya.
  • 3 haribulan hari daun – sawi, bayam, kangkung dan lain-lain.
  • 4 haribulan hari buah – tanam pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, ciku dan sebagainya (ulang semula ikut haribulan)

Tuan-tuan boleh cuba tanam ikut hari yang ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang bagus. Alhamdulillah abah banyak tanaman di dusun, kebun, kebun getah, bendang, semuanya menjadi. Dulu abah juga tanam anak pokok buah buat jualan.

Harini 16 Zulkaedah jatuh hari buah jadi abah dengan mak tanam pokok pokok buah di kebun. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nikmat sihat buat abah dan mak. Keringat tua mereka tak pernah kering.Mak cakap, kami tanam ni buat anak cucu makan nanti.

Semoga bermanfaat

Sumber: Wadi Idris

Published by
VK