Cara Paling Mudah Buat Tepung Pelita. Tak Perlu Kukus, Masak Tuang Terus Dalam Bekas

Share

 

Kalau bulan puasa  kuih tepung pelita ini memang dicari-cari. Rasanya yang manis dan berlemak buat ia jadi kegemaran ramai termasuklah kanak-kanak.

Kuih ini selalu kita beli kerana sangka proses pembuatannya remeh tapi bila melihat perkongsian daripada Puan Sally Ahmad rupanya mudah saja. Tak perlu kukus, nak letak dalam cawan pun boleh!

Jadi puasa tahun ni kita buat sendiri, bazar Ramadan kan takde.  Berikut adalah cara menghasilkan kuih tepung pelita resepi Puan Sally Ahmad.

1.Potong 4 kerat daun pandan

2. Bahan-bahan bahagian bawah

3. Campur semua bahan dalam kuali. Masak dan kacau sampai pekat.

 

4. Ambil gula dan kisar. Kemudian letak gula halus satu sudu teh dalam bekas.

5. Tuang warna hijau hijau yang siap dimasak tadi

6. Bahan untuk bahagian atas

7. Masukkan dalam kuali semua bahan dan kacau sampai pekat

8. Tuang ke atas bahan hijau

9. Dah siap tepung pelita buat sendiri

Tanpa perlu kukus, adunan ini boleh hasilkan 26 biji tepung pelita dalam bekas plastik kecil. Nak berniaga pun boleh.

10. Cara buat bekas tepung pelita dari daun pandan

 

Sumber: Sally Ahmad

 

 

Published by
VK