Pulut kuning memang ramai peminat terutama kalau makan dengan rendang. Cuma tak ramai rajin buat sebab nak masaknya makan masa. Kena rendam, kukus dua kali, gaul dengan santan lagi. Banyak proses.
Tapi menariknya Mulia Nis
ada berkongsi cara pantas nak sediakan pulut kuning. Tak perlu rendam berjam-jam, tak perlu susah cairkan santan, boleh masuk terus santan beku, memang mudah. Boleh ikut perkongsiannya.Masak pulut kuning cara orang malas dan nak cepat. Tak perlu rendam pulut, santan pun guna yang beku lagi. Caranya;
2. Masukkan santan, saya masukkan terus santan yang masih beku. Tambah garam dan kunyit.
3. Panaskan pengukus dan masukkan pulut tadi.
4. Kukus sampai pulut masak.
5. Kacau pulut biar sekata dengan santan. Kalau dah masak elok bolehlah hidang.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI