Cara Pendekkan Langsir Tanpa Perlu Potong, Guna Pelekat Double Sided Ini Saja

Share

Ramai yang pilih untuk beli saja langsir kediaman memandangkan ada banyak pilihan dan murah berbanding menempahnya. Tapi satu masalah bila beli langsir ready made ini adalah ukurannya tak sama dengan tingkap atau pintu kediaman kita.

Selalunya terlebih panjang. Biasanya bila dapat langsir begini kita hantar kedai jahit dan potong. Tapi sebenarnya ada cara lagi mudah untuk pendekkan langsir tanpa perlu potong.

Guna double sided adhesive cloth

Boleh guna pelekat ini, Iron- On Double Sided Adhesive Cloth. Caranya cukup mudah;

1. Ukur ketinggian langsir yang sepatutnya.

2. Kemudian letak pelekat ini pada bahagian bawah langsir. Sesuaikan dengan ketinggian langsir.

3. Selepas itu lipat dan gosok dengan seterika. Dah siap.

4. Hasilnya memang kemas, tak perlu potong.

Pelekat ini boleh dibeli terus di Daiso dan boleh juga beli online di Shopee (klik SINI

untuk link). Harga tak sampai RM10 pun. Kalau nak tampal lencana sekolah anak pun boleh guna pelekat ini.

Sumber: Shopee Review

Untuk lebih info sertai telegram Vanilla Kismis

Published by
VK