Selalu terjadi hidangan gulai, rendang daging atau daging goreng yang kita masak liat, sukar untuk kita makan.
Salah satu sebab daging liat adalah kerana kita sendiri salah potong. Cara potong yang betul kena potong daging melintang urat bukan ikut urat!
Tapi macam mana caranya? Untuk yang tak tahu boleh tengok cara ni ya!
1. Kenal pasti arah urat daging
Boleh nampak kan urat daging yang berjalur-jalur tu.
2. Potong arah bertentang urat
Anak panah biru menandakan arah urat daging
Anak panah hitam cara potong daging yang betul.
3. Hasilnya begini
Memotong daging melintang urat ini akan memastikan daging lebih senang untuk dikunyah,tak liat berbanding mengikut urat.
Ini salah!
Pastikan potong daging nanti ikut cara melintang urat ya.
Sumber: Jerckyholic
Tanam Sendiri Cendawan Volvariella Guna Tandan Kelapa Sawit, Lepas 9 Hari Dah Boleh Tuai Hasil
Ramai peminat cendawan volvariella atau pun dipanggil cendawan jerami atau kulat sawit. Memang sedap kalau masuk sekali dalam tomyam atau dalam sup. Dapat pula yang segar lagi best.
Cendawan ini sebenarnya boleh juga kita tanam sendiri terutama kalau duduk di kawasan penanaman kelapa sawit. Cuma tabur benih cendawan ini atas tandan kelapa sawit dan selepas sembilan hari dah boleh tuai hasil.
Tip penanaman cendawan volvariella ini dikongsi oleh Ieyta Rizal.
Tip tanam cendawan volvariella
Alhamdulillah… Rezeki hari ini. Satu batas dapat 2 kg cendawan volvariella. Pada yang tertanya cara tanam, ini langkahnya.
1. Beli tandan sawit yang fresh (dah buang buah) dekat kilang.
2. Kumpul tanda ini di tempat lapang & panas serta tutup dengan plastic canvas dan biar selama 2 minggu.
3. Selepas 2 minggu basuh setiap tandan dan susun buat batas sebanyak 3 lapisan.
4. Tabur benih setiap lapisan.
5. Tutup tandan guna plastik canvas or plastik biru macam dalam gambar.
6. Buat perlindungan/bumbung cahaya matahari atau tempat redup.
7. Selepas 9 hari ditutup cendawan mula tumbuh. Waktu ini setiap hari boleh tuai hasil. Alhamdulillah.
INFO
- Boleh juga jika tak guna biji benih, cendawan akan tumbuh sendiri tapi perlu masa yang lama untuk keluar.
- Benih saya beli di Thailand.
- Boleh cuba tanya pejabat pertanian mungkin ada jual benih.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ieyta Rizal
Cara Buat Chinese Chili Oil Homemade Yang Pedas ‘Giler’. Makan Dengan Apa Saja Pun Sedap
Kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, chili oil ini kena ada. Lagi sedap jadinya hidangan. Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.
Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih. Chili oil Chinese stail ini elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.
Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap
Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!
Bahan-bahan
100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili
Cara membuat
1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai diatas kuali sehingga merah gelap.. Sejukkan dan blendkan sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca
2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.
3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.
4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.
5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.
6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.
Selamat mencuba
Sumber: Mary Teo Lee Na.
Cara Buat Cucur Jagung Yang Sedap, Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis!
Petang-petang makan cucur jagung pun sedap jugak. Dapat pulak jagung yang segar, lagi manis. Jagung dua ketul pun dah cukup untuk makan satu famili.
Tapi untuk pastikan kita dapat cucur jagung yang enak, rangup di luar lembut di dalam boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail.
Cara buat cucur jagung, rangup di luar, lembut di dalam
Bahan-bahan
Isi jagung yg dihiris
Tepung gandum
Cili kisar
Udang kecil atau ikan bilis – tumbuk kasar
Bawang besar – dihiris
Serbuk kunyit & serbuk ikan bilis
Garam & gula secukup rasa
Telur -1 biji
Air suam
Nota: Anggaran bahan ikut kuantiti tepung gandum
Cara membuat:
- Masukkan tepung gandum (agak-agak sepadan dengan bahan-bahan lain ya) isi jagung,bawang besar dihiris, udang atau ikan bilis, serbuk kunyit,garam,gula,serbuk ikan bilis , cili kisar(nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh) dan telur sebiji.
2. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Masuk air sedikit demi sedikit, agak-agak senang kita nak jemput guna tangan.
3. Bila bancuhan dah digaul sebati bolehlah goreng cucur guna minyak yang banyak dan api sederhana ya.
4. Nampak cucur dah keemasan, boleh angkat dan tos minyak. Makan cicah dengan sos cili memang sedap.
Selamat mencuba ya.
Sumber: Ana Mariana Ismail.