
Isi Kandungan
ToggleSelalu terjadi hidangan gulai, rendang daging atau daging goreng yang kita masak liat, sukar untuk kita makan.
Salah satu sebab daging liat adalah kerana kita sendiri salah potong. Cara potong yang betul kena potong daging melintang urat bukan ikut urat!
Tapi macam mana caranya? Untuk yang tak tahu boleh tengok cara ni ya!
1. Kenal pasti arah urat daging
Boleh nampak kan urat daging yang berjalur-jalur tu.
2. Potong arah bertentang urat
Anak panah biru menandakan arah urat daging
Anak panah hitam cara potong daging yang betul.
3. Hasilnya begini
Memotong daging melintang urat ini akan memastikan daging lebih senang untuk dikunyah,tak liat berbanding mengikut urat.
Ini salah!
Pastikan potong daging nanti ikut cara melintang urat ya.
Sumber: Jerckyholic
Kawasan Rumah Ada Masalah Kera Berkeliaran, Guna Cara Ini Supaya Tak Masuk Rumah

Masalah kera masuk rumah, duduk atas atap, selongkar tong sampah memang biasa di alami. Bukan di kampung saja tapi juga bagi yang tinggal di kawasan perumahan mahupun kediaman bertingkat.
Kehadiran kera bila dalam dalam jumlah yang banyak boleh menakutka kita juga.
Kalau dah stres dengan masalah kera yang kerap sangat datang berkeliaran di sekitar rumah boleh guna cara ini agar haiwan ini menjauhi kediaman kita. Cara yang dikongsi oleh Noor Jeey Pojie hanya guna ubat gegat dan belacan saja.
Guna tip ini jika kawasan rumah ada masalah kera berkeliaran
Entah kali ke berapa saya share petua ini. Ramuan dua bahan ni ubat gegat dan belacan untuk menghalau kera atau monyet. Bahkan selepas dicuba bukan sahaja kera, tikus pun takde dah berkeliaran.
Cara-caranya
1. Tumbuk ubat gegat sehingga hancur. Nak mudah tumbuk saja sebelum plastik dibuka. Takkan nak tumbuk dalam lesung batu pulak kan?
2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan bersama belacan. Dah sebati, masukkan dalam botol dan tebuk lubang supaya bau yang terhasil dari ramuan tadi keluar.
3. Gantungkan di mana-mana saje kawasan kera selalu berkeliaran.
Modal dua bahan ini hanya berapa ringgit saja dibandingkan anda stress bila monyet menyelinap masuk rumah.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Noor Jeey Pojie
Buat Sendiri Daging Halia Sebijik Macam Makan Di Restoren Cina Muslim. Senang, Bahan Pun Mudah!

Kalau pergi restoren China Muslim, hidangan ginger beef atau daging halia ini antara yang kita selalu pesan.
Harga pun boleh tahan, satu hidangan kecil saja dah berbelas ringgit. Kalau menu ini memang kita suka makan, apa kata cuba buat sendiri.
Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan LuQman ini.
1. Potong daging, buat segi empat tepat dulu kemudian hiris nipis mengiring.
2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Kuantiti bahan ikut kuantiti daging. Ketepikan.
3. Sediakan bahan untuk kuah. Buat air bancuhan tepung jagung dan air bancuhan sos tiram. Bancuh 1.5 sudu besar sos tiram campur dengan 6 sudu besar air. Sediakan juga hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.
4. Cara menggoreng, biarkan kuali panas berasap baru letak minyak, kemudian alih kan minyak tinggalkan sedikit saja,. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging melekat dikuali. Sebab menu ini daging kena lembut dan moist.
5.Masukkan daging dan goreng. Masuk satu persatu supaya tak melekat. Kacau, tak perlu goreng lama. Jangan sampai garing. Kita nak daging lembut dan moist.
6. Rehatkan daging seketika.
7. Kemudian, masukkan bawang halia dan daun bawang.
8. Masukkan daging.
9. Masukkan air bancuhan sos tiram tadi dan masukkan secubit lada hitam.
Lihat kuah, kalau tak pekat baru campur air bancuhan tepung jagung. Kalau dah cantik kepekatan tak perlu.
10. Masukkan daun bawang lagi.
12. Gaul sekejap dengan api kuat. Siap!
Hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan LuQman
6 Makanan Ini Tak Boleh Dimakan Bersama Dengan Durian. Bahaya!

Sekarang musim durian, harga pun sudah mampu milik jadi peminat raja buat takkan lepas peluang.
Tapi dalam keterujaan makan durian ini kita kena ingat, ada makanan yang tak boleh kita ambil dalam jarak waktu yang dekat selepas atau sebelum makan durian.
Makanan ini jika dimakan dalam tempoh masa yang dekat boleh memberi kesan pada tubuh termasuklah jantung. Awas ya.
1. Kopi
Kopi adalah minuman yang tidak boleh diambil bersama dengan durian. Minuman ini mengandungi tahap kafein yang tinggi dan mampu meningkatkan degupan jantung.
Kopi juga boleh menyebabkan suhu tubuh menjadi panas, begitu juga dengan durian. Sebab itu kita tak boleh mengambil makanan ini sekali terutama untuk yang ada masalah jantung.
2. Susu
Makan durian dan kemudian minum pula susu boleh menyebabkan tekanan darah naik. Kandungan sulfur yang ada pada durian juga ada pada susu. Jadi bila durian diambil dengan susu, ubuh tak dapat bekerja secara maksimum untuk mengeluar dan menghancurkan toksin.
3. Ketam
Selepas makan durian badan kita akan cepat panas, tapi ketam pula dikatakan boleh menyejukkan suhu badan. Perbezaan yang ketara ini menyebabkan ia tidak sesuai dimakan bersama, selain itu keduanya juga mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
4. Daging lembu & kambing
Daging lembu juga memberi kesan panas pada tubuh. Bila dimakan bersama boleh mengakibatkan peradangan dalam tubuh. Oleh itu elak jadikan durian sebagai pencuci mulut selepas makan lauk daging atau stik.
5. Minuman bikarbonat
Minuman ini juga membukan kadar kafein, selain kandungan gula yang sangat tinggi. Mengambil minuman ini ketika makan durian atau sejurus selepas makan durian kana meningkatkan tekanan darah tinggi dan kadar degupan jantung.