Cara Pulihkan Tanah Tandus Di Rumah Taman. Cuma Tabur Kulit Telur & Nasi Basi

Share

Ramai kalangan kita duduk di rumah taman yang kita tahu tanahnya kurang subur malah tandus hingga sukar untuk bercucuk tanam.

Ini sedikit sebanyak membantutkan minat nak berkebun. Tapi perkongsian dari Mahadzir Hashim mungkin boleh membantu untuk merawat tanah kering tandus ini.

Cara rawatannya mudah cuma guna lebihan nasi dan juga kulit telur. Dalam tempoh sebulan tanah akan subur dan boleh sedia untuk bercucuk tanam.

Tanah kembali segar dalam sebulan, sedia untuk bercucuk tanam

Hari ini saya nak ceritakan cara mudah rawatan tanah tandus terutamanya yang banyak terjadi di rumah taman. Atau kawasan tanah yang telah diambil topsoil.

Salah satu penyebab tanah tandus dan mati adalah faktor banyak semut api. Semut api ini musuh kepada cacing tanah. kehadiran semut api mengakibatkan pupusnya cacing dan tanah menjadi tandus. Cacing tanah adalah antara faktor utama kesuburan tanah.

Langkah 1- hapuskan semut api dulu

Langkah pertama perlu dilakukan adalah menghapuskan sarang semut api jika ada, dengan menggunakan racun semut. Jangan gunakan minyak tanah kerana ia memberi kesan pada rawatan tanah nanti.

Langkah 2- Siram & gembur

Setelah seminggu mulakan penggemburan tanah dan siraman air. Sediakan kulit-kulit telur dan nasi basi. Biasanya ini adalah lebihan bahan dapur kita setiap hari.

Langkah 3 – Tabur kulit telur & nasi basi atas tanah

Seterusnya taburkan kulit telur dan nasi basi tadi atas gemburan tanah dan sebatikan. Siram air supaya tanah basah kalau tiada hujan.

Langkah 4 – Biarkan seminggu

Biarkan selama seminggu supaya bakteria dalam tanah memberi tindakan.
Jika ada cacing di tanah yang berdekatan ia akan mula menghuni tanah ini kerana sudah ada makanannya. Atau jika tidak ada, anda perlu mengisi tanah tadi dgn cacing-cacing utk permulaan.

Langkah 5 – Lepas sebulan tanah akan segar sedia untuk bercucuk tanam

Dalam tempoh sebulan tanah tandus tadi akan menjadi tanah segar, subur dan bersedia menjadi tapak kebun dan semaian.

Selamat mencuba.

Sumber: Mahadzir Hashim

Published by
VK