Karpet dah cantik terhampar tapi bila dah lama pakai mulalah bahagian bucu ‘terkepak’ atau bergulung ke atas.
Bila dah terkepak atau tak rata macam ni mulalah ada yang tersadung dan terjatuh. Tambah pula bila ada kanak-kanak yang suka berlari-lari dalam rumah
Supaya tak jadi masalah lain pulak elok kita luruskan semula. Biasa kita akan cuba gulung bucu karpet ke arah bawah, memang lurus tapi sekejap saja. Nanti akan terkepak semula.
Supaya karpet ini kembali rata, cara betul melakukannya ada dikongsi oleh Jules Pitch
. Hanya guna kain lembap dan seterika. Caranya;1. Ambil kain atau tuala basah atau lembap letak pada bahagian karpet yang terkepak.
2. Kemudian panaskan seterika dan gosok bucu karpet yang dialas kain lembap tadi.
3. Gosok hingga ia lurus semula. Selesai masalah.
Info: Jangan gosok direct tanpa alas dengan kain basah sebab nanti karpet boleh cair.
@julespitch Tiada lagi yang ada tersadung punca bucu carpet terkepak 😂 Selamat mencuba! #tipsdapur #tipskemasrumah #tipsrumahbersih #petua ♬ SWIPE – ALYPH