
Rebus kerang tanpa air? Selalu nak makan kita rebus dengan air tapi kalau tanpa air macam mana pula.
Sebenarnya boleh saja dan hasil kerang yang direbus cara ini juga lebih sedap. Isi kerang lagi lembut, tidak liat dan tiadak berair.
Caranya boleh ikut perkongsian Syah Musafir.
Cara rebus kerang tanpa air
Untuk merebus kerang, ikut tip isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman, tak perlu guna air pun.
Pelik, kan, rebus tak guna air? Tak guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Sebelum ini saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah! Alhamdulillah.
Caranya seperti di bawah;
1.Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.
2.Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3.Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.
4.Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.
5.Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6.Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Syah Musafir
Powernya DIY Air Sabun Ini Bukan Daun Sayuran Jadi Hijau Dan Segar, Serangga Perosak Pun Tak Berani Dekat!

Isi Kandungan
ToggleMusim PKPB untuk tempóh dua minggu ini jadi medan terbaik buat mereka yang hobi suka menanam pokok dalam membaik pulih apa yang yang sepatutnya.
Bagi mereka yang gemar menanam pokok sayuran, boleh cuba praktikkan petua untuk memastikan daun pokok subur dan tidak diserang serangga perosak.

Cara yang dikongsi cukup mudah hanya menggunakan dua bahan yang memang ada di rumah.
Bukan saja selamat dan berkesan tetapi juga memastikan pokok berdaun hijau semakin sihat dan segar.
DIY Air Semburan Sabun Segarkan Pokok
Bahan-bahan:
– Pencuci pinggan Jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur (mengandungi aloe vera + garam) berwarna jernih.
– 2.0 liter air

Cara membuat:
– Ambil 1 sudu makan cecair pencuci dan campurkan dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur.
– Isi sampai penuh-penuh dan biarkan hingga buih yang terhasil keluar, barulah ditutup.
– Kemudian bolehlah disembur pada pokok berdaun hijau.

Tip lain:
– Sembur hanya bila nampak binatang seperti (ulat/bena putih). Bancuhan ini lama tahan.
– Jangan sembur pada sayuran kangkung kerana daunnya melecur.
– Boleh digunakan untuk pokok seperti dibawah.
1. Pokok Limau purut
2. Pokok Serai
3. Pokok Chili
4. Pokok Pudina
5. Pokok Daun Kari
Selamat Mencuba
Sumber: Faceboook Tam Via Berkebun D Rumah
Artikel berkait:
Cuma Guna Air Semburan Bunga Cengkih Elak Serangga Perosak
DIY Racun Organik Guna 3 Bahan Dapur
Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan!

Isi Kandungan
ToggleBetik antara pokok buah yang selalu ditanam di halaman rumah. Dan sekarang ramai pula yang sedang mencuba menanam pokok betik sekaki.
Pokoknya pendek tapi berbuah lebat dan saiznya lebih panjang dan lonjong dari betik biasa (mungkin dari sini dapat namanya).
Biji benihnya boleh dibeli di nurseri mana kala cara penanamannya boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Donis De Donnis

Tip tanam dan penjagaan betik sekaki
- Penyediaan biji benih – ebelum menyemai benih betik sekaki, rendam dulu benih dalam air suam, iaitu campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1/2 cawan air pada suhu bilik. Suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celsius selama 2 jam.
- Biji benih boleh disemai di atas tapak tray menggunakan cocopeat atau peatmoss atau tanah organik.
- Biji benih akan mula bercambah selepas 5 ke 8 hari.Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput.
- Selepas anak benih berumur 4 minggu atau mempunyai daun 8 helai, anak semaian boleh di pindahkan.
Cara penanaman
- Kawasan penanaman hendaklah bersih dan digembur terlebih dahulu.
- Gali lubang sedalam 30 cm X 30 cm lebar. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja NPK subur.
- Gunakan sungkup untuk elakkan rumpai atau rumput tumbuh.
Pembajaan
- Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.
- Pembajaan asas dengan menggunakan baja organik seperti tahi ayam.
- Baja NPK subur ( baja subur) digunakan dengan kadar 50gram usia pokok 1bulan ke 2bulan. 100gram usia pokok 3 bulan dan 300gram usia pokok 5 bulan.
- Baja NPK buah pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 300 gram sepokok setiap 6 bulan.
- Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau,pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga bunga gugur.
Penghasilan Buah
Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan.
- Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan atau 1 tahun. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan.
- Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.Masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.
- Jangka hidup betik antara 1-4 tahun .Hayat berbuah banyak 2 tahun.
TIP
Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Jika angin kuat pendebungaan buah tidak akan berlaku. Bunga akan gugur.Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup.
Sumber: Donis De Donnis & Abd Jalil
7 Tip Kena Praktik Jika Nak Mudah Potong Rumput & Semak Kawasan Luas

Isi Kandungan
ToggleBagi yang punya laman luas atau kebun, rumput dan lalang yang meninggi memang masalah. Kalau dibiar lama kerja memotong rumput lagi ambil masa. Tapi nak tak kena buat supaya tak jadi ‘hutan’.
Bagi yang ada ‘misi’ potong rumput di laman atau kebun, tip yang dikongsi oleh Airiel Ibnu Sufian boleh dipraktikkan jika menggunakan mesin rumput.
7 tip potong rumput
Mesti ramai yang geram tengok rumput laman sendiri dan nak potong tapi belum dapat buat atas sebab-sebab tertentu.
Berikut saya share beberapa tip yang boleh korang guna masa potong rumput/menebas menggunakan mesin rumput.
1. Bila nak guna Tali/Nylon?
– Untuk yang nak potong rumput biasa atau rumput tebal yang tak tinggi dari paras lutut, seeloknya pakai tali/nylon saja.
– Kalau dalam satu kawasan hanya ada rumput/tumbuhan lembut sahaja. Kalau semak jenis berkayu, better pakai mata pisau.
– Tali/nylon banyak jenis, pilihla ikut cita rasa. Trial and error sendiri sebab susah nak explain effect dia macam mana bila guna lain lain jenis tali.
2. Kelebihan pakai tali/nylon
Mudah nak potong di celah-celah bucu dinding/pangkal pokok/permukaan sempit. Tak merosakkan objek sekeliling sangat (kalau permukaan lembut rosak jugak – so, hati-hati)
3. Bila nak guna mata pisau?
Untuk semak samun macam dalam gambar di atas, memang elok sangatlah pakai mata pisau. Jenis mata pisau pulak boleh dipelbagaikan mengikut keperluan.
4. Mata pisau biasa – tak lebar
Ini khas untuk semak berkayu tapi tak heavy. Harga dekat hardware bawah RM10 je. Mudah bengkok. So, kalau semak yang hardcore, anggap salah pakai buang. Sebab lepas settle buat kerja confirm bengkok/sumbing dah pisau.
5. Mata pisau tebal & lebar
Ini untuk semak level atas sikit dari no 4. Semak berkayu atas paras peha. Saiz kayunya pun dah lebar 3-4 jari. Setakat batang ubi kayu potong macam kemuncup saja. Takde hal. Tapi hati-hati kalau bilah dah bengkok/sumbing sikit sebab dia mudah ‘melibas’ batang kayu ke betis kita. Ini cerita atas pengalaman sendiri. Betis dah jenuh lebam bantai dek batang kayu terpelanting.
6. Mata 3 (Bentuk bintang tapi 3 mata)
Ni otai segala pisau. Sapa lu mau langgar? Lu kasi tau.. Ini mata takda kasi can punya!
7. Mata bulat (macam circular saw punya mata)
Nak tebas semak, kurang sesuai. Kalau guna untuk tebang buluh, sesuai. Tapi be extra careful sebab kalau tak pegang kuat rod mesin, kita boleh terhayun rod bila mata pisau lekat dan membuatkan situasi extremely bahaya especially kalau ada orang lain sekeliling.
Inilah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsi. Bab ketar-ketar satu badan lepas mesin tu, normal. Jangan risau. Bila dah biasa main mesin rumput ni, ketar tu dah makin kurang.
Gambar: Tanah yang dah terbiar lebih 7 tahun. 12 hari ambil masa untuk habiskan menebas. Keluasan: Suku ekar.
Semoga bermanfaat
Sumber: Airiel Ibnu Sufian
Artikel berkait: Tip Elak Rumput & Lalang Tumbuh Sekitar Rumah, Sembur Dengan Bahan Ini. Boleh Tahan Sampai 6 Bulan!
Info beli mesin rumput
- Mesin rumput cordless –https://invl.io/clezqpj
- Mesin rumput galas – https://invl.io/clezqoa