Cara Renew Pasport Online, Senang, Tak Perlu Beratur & Tunggu Lama Dah!

Share

 

Syoknya keluar negara, tapi bila ingat bab renew pasport ramai pulak yang mengeluh. Kita dah boleh bayang barisan panjang dan penantian yang lama di pejabat imigresen walaupun sebenarnya dah keluar awal pagi

Tapi mungkin ada yang tak tahu atau tak perasan, sebenarnya untuk khidmat renew atau memperbaharui pasport boleh saja dilakukan menerusi dalam talian atau online. Jadi anda tak perlulah beratur panjang menunggu nombor dipanggil. Macam mana caranya? Boleh ikut perkongsian dari @Najib_Ayub

Renew passport online

Pernah tak pergi imigresen awal pagi mengharapkan boleh dapat nombor giliran yang terawal dan nak cepat settle. Sekali tengok line beratur dah panjang. Jangan risau sekarang kita dah boleh renew passport online guys.

Sebab aku baru je renew passport guna online. Jimat sikit masa , kalau tak bercamping laa aku dekat imigresen sampai ke petang. Cara dia senang je. Korang pergi website imigresen Malaysia.

1. Pergi ke link imigresen: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

2. Isi details yang diminta kemudian pilih cawangan imigresen untuk pick up pasport.

3. Kemudian upload gambar. Ini tricky sikit. Kalau gambar yang di upload tak kena spesifikasi, kena tangkap gambar semula dekat kaunter. Bila jadi macam ni, lama la nak tunggu siap pasport tu. Make sure background putih dengan gambar ‘sharp’ jangan blur ye.

4. Lepas semua dah isi online, submit dan boleh buat pembayaran online.

Untuk umur 13 -59 tahun : RM 200
Warga emas pula (60 tahun dan keatas) : RM100

Setelah semuanya selesai, akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

5. Bila nak amik passport benda yang kena bawa ke pejabat imigresen adalah:
– Print resit online
– IC original
– Passport lama

7. Sampai kaunter terus ambil nombor, kata nak pickup passport online. Pastu dah boleh duduk tunggu sampai no kita dipanggil. Macam aku dia bagitau dalam 20 minit nanti dah boleh amik kalau gambar yang upload tak kena reject.

8. Tunggu punya tunggu, 5 minit dia panggil untuk sign borang pengesahan,  15 minit kemudian nombor dah kena panggil. Pergi kaunter terus amik passport. Nasib baik tak kena reject gambar, tidak lama lagi kena tunggu.

TIP

Kalau apply sebelum 12 PM, pasport boleh siap dalam hari yang sama. Petang dah boleh pergi ambil. Tapi kalau apply selepas kul 12 mungkin keesokan harinya siap.  So tu je caranya. Senang kan.

Sumber:Najib Ayub

 

Published by
VK