Berkhemah atau camping antara yang mula digemari sebagai aktiviti keluarga mahupun bersama rakan.
Salah satu keperluan penting kalau nak camping ini adalah stok makanan. Tapi tanpa peti ais dah tentu jadi masalah nak simpan stok makanan terutama yang basah atau lauk yang nak dimasak waktu berkhemah. Apatah lagi jika nak berkhemah lebih dari 2 hari.
Supaya bahan makanan terutama bahan mentah atau lauk frozen yang dibawa boleh bertahan selama berkhemah perkongsian daripada Nazlin Firdaus
ini boleh digunakan.Caranya cukup mudah cuma sediakan ais yang dibekukan dalam botol. Menggunakan kaedah ini untuk berkhemah selama 4 hari 3 malam, ujar beliau barang-barang basah yang disimpan menggunakan kaedah ini masih elok lagi.
Keperluan:
Kotak polisterin
Botol air mineral beku
Aluminium foil
Wallpaper untuk balut kotak polisterin
Caranya
1. Balut luar dan dalam kotak polisterin guna wallpaper. Kalau nak lagi tahan, balut guna wallpaper dan lapis bahagian dalam dengan alumnium foil.
Tujuan balut kotak ini supaya tiada lubang angin. Haba luar akan lambat masuk dan suhu sejuk tahan lebih lama.
2. Sebelum letak bahan makanan seperti lauk sejuk beku, ayam, sosej, nugget dan sebagainya pastikan bahan ini ‘difrozenkan’ dulu.
3. Cara susun, letak botol air mineral beku di bahagian bawah dengan cara baring. Botol mineral beku 250ml ini kena buat banyak ya.
4. Kemudian boleh letak barang makanan yang dah dibekukan terlebih dahulu di atas botol air mineral tadi. Selain itu selit juga botol air mineral beku ini di ruang-ruang kosong.
5. Sebelum tutup, bahagian atas letak ice bag 2 bungkung. Kemudian tutup rapat dan kemas. Tip: Jangan selalu buka tutup kotak ini untuk supaya haba panas dari luar tak masuk.
Hasil cara ini selepas 4 hari 3 malam, ais dalam botol masih lagi beku. Barang-barang basah masih elok dan siap boleh bawak balik rumah lagi.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nazlin Firdaus