Koleksi bra/coli dan seluar dalam wanita selalunya banyak, sama juga dengan koleksi yang sudah tak muat.
Selalunya yang dah tak muat atau tak selesa kita akan simpan saja dalam almari kerana tak tahu macam mana nak melupuskannya.
Nak buang dalam tong sampah memang rasa tak selamat, maklumlah pakaian dalam adalah barang yang sangat peribadi. Mungkin juga boleh disalahguna oleh mereka yang ada niat tak baik.
Selain itu ada juga yang membakar bra dan panties lama, namun cara ini akan menyebabkan pencemaran dan juga mungkin bahaya. Mana mungkin nak membakar kalau duduk di rumah apartment atau teres. Tak logik pula.
Ads
Nak hantar hantar ke pusat recyle memang tak lah kan. Takkan nak derma coli yang pernah kita pakai.
Jadi bagaimana nak lupuskan coli dan panties lama kita? Paling selamat boleh ikut perkongsian dari blog ini.
1. Untuk bra/coli, keluarkan dawainya lalu gunting jadi potongan yang kecil seperti kain perca.
2. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan untuk seluar dalam.
Ads
3. Selepas dipotong kecil boleh dibuang dalam tong sampah. Kalau rasa tak selamat juga, bahagikan potongan bra dan panties ini kepada beberapa bungkusan, sebelum dibuang dalam tong sampah. Lebih elok buang tong sampah yang khusus untuk kitar semula fabrik.
Jadi bolehlah ambil masa, kumpul dan gunting koleksi bra dan seluar dalam lama korang ya sebelum dibuang. Kalau ada cara lain boleh juga kongsikan.
Biasanya seterika di rumah kita mesti akan ada kesan hitam yang terjadi akibat baju hangus ketika menggosok.
Ia boleh menyebabkan kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika
Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.
3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
Selain cili padi, cili besar satu lagi pokok cili yang boleh kita tanam di rumah adalah cili jambak. Memang seronok tengok jika jika pokok cili ini berbuah, macam bunga mekarnya. Berbaloi kalau tanam.
Bagi yang nak cuba, perkongsian Adam Harris Mohd Shaifullah boleh dijadikan panduan untuk menanamnya di laman rumah sendiri.
Tanam cili jambak seperti jambangan bunga
Langkah 1 :
– Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8 jam atau 1 malam .
– Tujuan rendam ini untuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
– Seeloknya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
– Keringkan benih yang sudah direndam mengunakan penapis, kertas atau tisu. Tujuan kering ini supaya mudah untuk disemai dan benih mudah untuk dikendalikan.
Langkah 3 :
– Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
– Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Langkah 4 :
– Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
– Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
– Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
– Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
– Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam keseluruhan selama 3 ke 5 hari.
– Hari ke 3 hingga 5 benih sudah mula bercambah. Anda boleh mengalihkan sungkupan plastik hitam tadi.
Langkah 7 :
– Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2 helai daun. Alih kan benih ke kawasan yang menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
– Siram setiap pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
– Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit (beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh juga gunakan baja organik.
– Setelah usia 2 minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alihkan pula ke pasu, polybag atau atas tanah.
Langkah 9 :
– Baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali. Untuk pokok yang bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
– Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda menggunakan baja biji NPK, berhenti guna baja apabila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Nota: Tip di atas juga boleh digunakan pada semua jenis cili.
Rebus jagung nampak macam mudah, tapi kalau tak kena cara jagung jadi keras, kecut dan tak rasa manisnya.
Jadi kalau berhajat nak rebus jagung ikut tip yang dikongsi oleh Nor Azlinda ini. Senang jer
Tip rebus jagung
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan masukkan dalam peti sejuk.
Cara rebus jagung
Biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas.
Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
Selepas jagung masak, jika suka boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
Ketika buat face verification untuk aplikasi yang memerlukan prosedur ini ramai kalangan kita yang mengambil mudah tentang pemakaian. Ada yang memakai singlet sahaja malah ada juga yang berkemban Ketika melakukannya.