Cara Semai Capsicum, Kali Pertama Tanam Pun Menjadi! Boleh Ikut Tip Ini

Share

Ingatkan susah tanam pokok lada benggala atau capsicum ini, tapi bila baca perkongsian Mell Akmal

ternyata ia tidaklah sepayah mana.

Walaupun kali pertama cuba menanam pokok ini, katanya ia hidup subur dan kerap berbuah. Benihnya pun cuma beli capsicum di pasar dan semai. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi Mell.

Cara semai anak pokok capsicum

Sebelum ini ramai yang tanya bagaimana saya semai anak capsicum. Ini cara saya;

1. Beli capsicum di pasar berdekatan.

2. Ambil bijinya, dan rendam dalam air semalaman.

3. Biji yang terapung itu dibuang, yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.

4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.

5. Ini gambar usia anak pokok lebih dari 10 hari.

6. Sembur air 2 kali sehari.

7. Saya letak di tempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.

8. Bila dah besar sikit saya sembur dengan vitamin Siam 2 kali seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.

Selamat mencuba. Saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yg biasa sahaja. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar.

Sumber: Mell Akmal

Published by
VK