Hari ini 28 Mei 2021, jam 5.16 petang umat Islam di negara ini boleh ambil peluang untuk menentukan arah kiblat di rumah atau di premis masing-masing dengan tepat.
Ia susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam atau kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi ketika waktu berkenaan.
Berdasarkan hisab kiraan falak, matahari dijangka tepat atas Kaabah pada 5.16 petang atau 12.16 tengah hari waktu Arab Saudi.
Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.
Garisan daripada bayang matahari, akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditandakan sebagai rujukan khususnya untuk tujuan ibadah solat.
Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.
Peristiwa Istiwa A’dzam kelazimannya berlaku dua kali setahun dan jika terlepas, boleh lakukannya pada 16 Julai ini pukul 5.28 petang.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan