Bagi yang selalu memasak, api dapur yang kecil akan menimbulkan masalah. Kerja memasak akan jadi lambat. Ini boleh menimbulkan stres kalau banyak kerja lain lagi naik buat.
Supaya tak berlarutan, kena cepat servis. Tapi tak payahlah sampai upah orang untuk buat. Kita boleh servis sendiri je kat rumah. Caranya ikut saja perkongsian Saiful Yusof.
Cara Servis Dapur Gas Kalau Api Dah Makin Kecil
Api dapur terlalu slow, nak masak pun jenuh nak tunggu masakan siap. Boleh buka & cuci lubang nozzle jet . Lubang tu lama-lama guba tersumbat dgn minyak. Spray WD-40 sikit pastu korek guna jarum halus sampai nampak semula lubang. Alang alang dah buka overhaul cleaning sekali.
Dah siap insya -Allah Api kembali besar & kuat seperti dapur baru. Teknik yang sama untuk semua jenis dapur gas.
1. Untuk dapur jenis macam ni, kena buka 6 biji skru pada bahagian tepi stove burner / tungku.
2. Alihkan stove burner baru nampak Nozzle jet.
Ads
3. Bersihkan lubang nozzle.
4. Boleh repair sekali cable fire starter yang dah cair. Balut cable tu guna aluminum tape saja.
Ads
5. Alang-alang buka paip gas ni sekali, sembur guna air compressor.
Sekali pandang saja dah tahu kek chiffon ini memang gebu dan lembut. Selalunya kek yang kita beli saja dapat hasil yang begini.
Tapi sebenarnya kalau buat sendiri pun boleh dapat kek chiffon yang lembut gebu seperti ini asalkan tahu cara yang betul. Dikongsi oleh Mas Cotek ini cara dan tip membuatnya
Buat sendiri kek chiffon pandan gebu
Bahan A
6 biji putih telur (telur A)
1 sdt cream of tartar
3/4 cawan gula halus
Bahan B
6 kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 3/4 caawn tepung self raising (blue key)
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan air pandan (blend 4 helai)
1/2 cawan santan kara
Sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya
1. Putar putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula dan cream of tartar.
2. Putar lagi adunan sehingga kental atau bertanduk. Ketepikan bahan A ini.
3. Dalam bekas lain putar kelajuan sederhana kuning telur bersama gula halus.
4. Seterusnya masukkan minyak, air pandan, pewarna hijau dan santan. Putar lagi.
5. Akhir sekali masukkan tepung, putar perlahan sehingga sebati.
6. Langkah seterusnya masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit.Kaup balikkan sehingga sebati.
7. Masukkan adunan dalam loyang (22 cm/ 9 inci) hentak sekali atau dua kali. Pastikan loyang tidak dilengser dengan minyak, marjerin dan sebagainya.Kemudian bakar pada suhu 170 selama 1 jam api atas bawah.
8. Keluarkan dari oven terus terbalikkan atas redai kek dan biarkan kek sejuk (lebih kurang 45 minit).
9. Sisipkan keliling kek keluarkan dari loyang. Siap
Cucur sayur atau bakwan kalau makan panas-panas memang sedap. Dapat pula yang rangup memang lagi cepat licin. Hidangan waktu pagi dan petang ini kena dipadukan dengan sos pedas supaya lagi enak.
Cuma ramai yang cuba buat bakwan tapi hasilnya tidak berapa rangup. Sebenarnya untuk dapatkan bakwan yang super rangup kena tahu teknik menggoreng yang betul.
Dikongsi oleh Siti Khajar, boleh ikut teknik goreng bakwan ini ya.
Cara bancuh dan teknik goreng bakwan supaya rangup
Sup cendawan berkrim ini selalu kita makan bila menikmati western food. Tapi selalu juga yang kita dapat tak kena dengan tekak. Sama ada cair, masin dan beberapa lagilah.
Kalau nak kena cita rasa elok sup cendawan berkrim ini kita buat sendiri. Jika buat ikut cara yang dikongsi oleh Siti Hazneza Abdul Hamid ini hasilnya insya-Allah sedap pekat, berkrim dan rasa lemaknya yang memang kena dengan selera.
Cara buat sup cendawan berkrim yang enak, pekat dan rasa lemaknya
Dahulu saya berniaga sup cendawan berkrim. Macam-macam bahan dan macam-macam kaedah saya cuba. Ada saya kongsi resipi dengan seorang guru dan beliau berikan komen yang membantu saya merombak lagi resipi.
1. Sediakan bahan; -½ tin 450 g cendawan butang -6 ulas bawang putih
Boleh guna cendawan butang segar atau campuran cendawan lain yang disukai. Saya elakkan mengguna cendawan shitake kerana rasanya yang terlalu kuat dan profil rasanya lebih Jepun berbanding dengan Amerika. Namun jika mahu guna cendawan shitake, tidak ada salahnya.
2. Panaskan 2 sudu makan marjerin/mentega.
3. Tumis cendawan dan bawang putih. Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga cendawan ‘meletit’/ ‘meletup’ kecil (popping). Saya dapati dengan cara ini rasanya kurang ‘plastik’ dan lebih asli.
4. Tumis sehingga keemasan begini memadai. Jika terlalu garing, warna sup akan jadi lebih gelap.
5. Masukkan dalam pengisar (blender)
6. Tambah 2 – 3 sudu makan krim putar (bukan yang manis ya!). Jika banyak sangat rasanya sedikit muak.
Krim saya berketul di sini kerana saya simpan dalam tempat sejuk beku (frozen). Jika tiada krim, boleh guna susu segar, susu tepung atau susu sejat.
7. Tambahkan serbuk stok ayam (jika mahu), serbuk lada hitam dan garam.
8. Tambah secawan air.
9. Kisar sehingga halus.
10. Tuang semula ke dalam kuali/periuk gorengan tadi yang masih berbekas dengan marjerin/mentega. Panaskan atas api perlahan.
11. Tambah Italian herbs atau oregano
12. Jika mahu lebih pekat, tambah bancuhan 2 sudu teh tepung jagung dan ¼ cawan air.
13. Pada saya, apabila kepekatan boleh menyalut sudip begini sudah cukup. Matikan api, sup cendawan berkrim siap.
Boleh makan bersama piza atau roti bawang putih. Cicah roti biasa pun tetap sedap.
INFO
Jika mengingatkan sup cendawan berkrim jenama Campbell yang popular maka kita bermula dari Amerika Syarikat.
Tetapi, syarikat Campbell mengambil daripada asas sos bechamel dari Perancis yang direka oleh Chef Marquis Louis de Béchamiel de Nointel. Daripada nama beliaulah yang setelah beberapa lama hilang huruf ‘i’ lalu jadi bechamel sahaja.
Chef Béchamiel pula diinspirasikan oleh tukang-tukang masak Catherine de Medicis yang membawa salsa colla (gam) dari Tuscany, Itali. Salsa colla dipanggil begitu kerana sos ini digunakan untuk ‘mengikat’/ ‘memegang’ bahan-bahan dalam satu hidangan.