Rasanya kita semua kena ikut cara pengurusan yang dikongsi oleh Hani Mynis ini. Sebab kebanyakan resit, bil dan dokumen kita letak merata dalam rumah. Bila nak pakai mulalah cari satu rumah. Biasakan jadi kejadian macam ni berlaku.

Supaya senang cari terutama sekarang, waktu tengah isi borang LHDN eloklah kemas sekali, ikut cara pengurusan ini.

Tip pengurusan kertas, bil dan resit

Selalu lepas bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil-bil tu sebelum kita yakin boleh nak buang. Jadi boleh ikut cara penyusunan ini.

  • Sediakan beberapa fail yg berasingan. Pastikan satu fail utk satu perkara. Jangan bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara
  • LABEL! So that lepas ni masa nak kemaskini file senang je.
  • BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain-lain lah. Dan label pun pastikan guna font yg sama dan style yg sama. Seragam is the key.
Cara Simpan Bil, Resit & Dokumen Penting Di Rumah Supaya Senang Nak Cari
Labelkan dan pastikan saiz dan bentuk fail yang seragam.

Dokumen penting

  • Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
  • Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
  • Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
  • Buku bank simpanan
  • Pasport
  • Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dan lain lain)

Rumah

  • Kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)
  • Manual pengunaan brg elektrik (simpn selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)
  • Resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)

Bil Utiliti

Cara Simpan Bil, Resit & Dokumen Penting Di Rumah Supaya Senang Nak Cari
Beli envelope folder dan tebuk lubang. Jangan lupa label.
  • Bil elekrik (TNB)
  • Bil air (SAJ)
  • Bil pembentungan (IWK)
  • Bil siaran tv berbayar (ASTRO)
  • Bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)
  • Bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)
Selain itu:  Wanita Ada 'Misai' Praktik 5 Cara Mudah Untuk Hilangkannya

Semua resit disimpan maksimum setahun. Sekarang dah masuk thn 2018, semua bil tahun 2016 dah boleh buang. Simpan bil 2017 sahaja.

Dokumen akademik

Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI.

IKLAN

So nanti nak cari apa-apa berkaitan pelajaran Hani, boleh rujuk terus ke bahagian Hani dalam fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak.

Karier

Dalam fail ni Hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa-apa surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu

Pinjaman

Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll

Sijil

Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil utk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt smpi tak muat folder)

IKLAN

Kesihatan

Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time Hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.

Cukai

Cara Simpan Bil, Resit & Dokumen Penting Di Rumah Supaya Senang Nak Cari
Antara envelope folder dgn ziplock case ni Hani lagi suka yg ni. Lebih kemas. Dan saiz lebih kecil just nice masuk dlm fail. Tebuk lubang. Jgn lupa label.

Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nnt. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing-masing)

  • Pembelian buku/majalah/penerbitan
  • Zakat /derma
  • Resit pembayaran yuran pendidikan
  • Perbelanjaan perubatan
  • SSPN dan banyak lagi perlepasan cukai. Boleh rujuk pd website LHDN.
Selain itu:  5 Trik Nyahkan Bau Tak Kepam Dalam Rumah Terutama Lepas Memasak

Kenderaan

  • Geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)
  • Insuran kenderaan
  • Resit-resit servis kenderaan
  • Apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dan lain lain)

Cheat sheet ni Hani simpn dalam cleaning binder supaya senang nak refer. Feel free to save and print this one.

Cara Simpan Bil, Resit & Dokumen Penting Di Rumah Supaya Senang Nak Cari

IKLAN

Selamat mencuba dan happy organising ❤️

Sumber: Hani Mynis

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI