Bunga ini memang berharga, banyak kegunaan dalam masakan di samping harganya pun mahal. Sebab itu kalau dah beli jangan membazir, jika ada lebihan simpan sebaiknya.
Bagi memastikan ia tahan lama cara menyimpan bunga kantan ini kena betul. Dikongsi oleh Dunia Hanya Sementara Fy
berikut adalah cara menyimpan bunga kantan yang hasil selepas 6 bulan pun masih elok lagi.Sekadar share cara untuk simpan bunga kantan. Cara ini bunga kantan tetap dalam keadaan baik, bantik dan tiada birat hitam.
Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih disimpan dalam frezer. Bila masak, aromanya tetap sama.
1. Basuh terlebih dahulu bunga kantan.
2. Potong ikut suka kita.
3. Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut.
4. Letak air masak dalam bunga kantan tersebut.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam frezer.
Saya letak untuk sekali masak, mudahkan kerja. Boleh digunakan ketika beku atau di cairkan terlebih dahulu.
Selamat mencuba.
Sumber: Dunia Hanya Sementara Fy