
Ada masa stok daun pandan banyak sangat kita dapat sampai tak terpakai. Kalau simpan macam tu saja dalam peti ais memang akan kering dan kecut. Sudahnya terbuang.
Supaya tak membazir elok praktikkan cara yang dikongsi oleh DLa AMaya. Cara penyimpanan daun pandan ini membolehkan ia kekal segar berbulan-bulan.
Cara simpan daun pandan, kekal segar berbulan-bulan
Dah berbulan-bulan pun masih segar elok lagi daun pandan. Nak masak ambil saja, mudah sangat. Caranya;
1. Bersihkan daun pandan
2. Potong pendek pendek
3. Masukkan dalam bekas plastik kedap
4. Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Daripada guna kaedah keringkan daun, lebih baik simpan beku. Daun pun masih hijau walaupun sudah berbulan. Selain daun pandaan, serai pun bilah guna kaedah ini.
Semoga bermanfaat
Sumber: DLa AMaya
Cara Buat Mi Hailam Special Paling Mudah Tapi Punyalah Sedap, Confirm Makan Berulang!

Isi Kandungan
Toggle
Ada masa ketika berbuka kita terasa nak makan hidangan selain dari nasi. Jika selera teringin yang begini mi hailam ini antara menu yang sesuai.
Hidangannya pun lengkap, penuh lauk dan ada sayur. Lagi special ia ditumis dengan lada hitam jadi ada rasa pedasnya.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resipi mi hailam istimewa dari Hasniza Hassan. Punyalah sedap katanya sampai suami pernah minta masakkan menu ini lima hari berturut-turut untuk berbuka puasa.
Cara buat mi hailam special paling senang & sedap!
Bahan-bahan
11 ulas bawang putih – dikisar/ tumbuk
1 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk kasar
Daging yang dipotong kecil-kecil (rebus dulu untuk cepat)
1 mangkuk stok air udang, kalau ada
15 ekor udang (kuantiti ikut citarasa)
4 ekor sotong yang dihiris (kuantiti ikut citarasa)
1 biji tomato dibelah 2
1-2 biji cili merah dipotong
Kobis dihiris dan sawi dipotong
Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Nota: kuanti bahan ini untuk 1 – 1 1/2 peket mi:
Cara membuat
- Tumis bawang putih dan lada hitam hingga garing.
2. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan daging/kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
3. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
4. Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
5. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
6. Terus masukkan kobis.
7. Apabila mendidih masukkan sawi. Tambahkan juga tepung jagung untuk pekatkan kuah.
8. Gaul rata kemudian masukkan mi. Kacau dan biar hingga mi masak.
9. Terus hidang untuk makan panas-panas. Kalau biar lama mi akan kembang.
Selamat mencuba.
Sumber: Hasniza Hassan
Tip Tanam Pokok Jambu Dalam Polibeg Saja. Pokok Kecil Tapi Dah Berbuah, Ini Caranya

Isi Kandungan
ToggleSeronok tengok hasil macam ni, pokok jambu kecil saja tapi dah berbuah. Tanam dalam polibeg saja pun. Tak perlu kawasan tanah yang luas.
Untuk dapat hasil pokok jambu begini, sebenarnya ada cara yang perlu dipraktikkan. Jika nak cuba tanam di rumah boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi melalui pengalamannya yang menanam pokok watermelon guava dalam polibeg 24×24.
Cari benih jambu jenis ini
Untuk tanam pokok jambu dalam pasu atau polibeg boleh cari benih jambu watermelon guava ini. Boleh cari di Shopee, klik SINI untuk beli.
Jenis ini sangat mudah berbunga dan mudah lekat buah sekiranya cukup keperluan air, baja dan cahaya.
Tanah yang digunakan
Medium yang digunakan adalah tanah bekas atau topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat, sekam bakar, sekam mentah dan kompos rumput. Tanah wajib gembur/poros.
Tip pokok rendah tapi dah berbuah
- Buang semua pucuk supaya keluar tunas baru.
- Pangkas dahan pokok supaya keluar banyak cabang dan rendang.
- Guna baja tinggi P&K (Phosphorus dan Kalium)
- Pastikan air cukup, pokok jambu suka banyak air.
- Bila buah sebesar ibu jari kena bungkus supaya buah cantik tak berulat bila matang.
Jika pokok tinggi tapi tak berbuah
Sekiranya pokok jambu cukup siraman dan baja tapi masih tak berbuah boleh jadi pokok jambu tak cukup cahaya. Kita kena faham bila pokok fokus nak kejar matahari/cahaya, pokok akan meninggi dan setiap dahan jadi panjang.
Walaupun dah cukup matang, pokok akan ‘lupa’ untuk masuk fasa berbunga/buah. Sekiranya pokok diberi ruang cahaya yang cukup, baja dan air, ia akan boleh fokus untuk berbunga/buah pula. Tambah pula jika dipangkas, pokok akan sedikit stres ia akan mula berbunga dan berbuah.
Sumber: Pyan Sempoi
Cara Buat Telur Dadar Untuk Buang Angin. Lepas Makan Sendawa Tak Habis

Isi Kandungan
ToggleSalah makan saja badan jadi berangin! Mesti ramai yang ada masalah ini. Perut pun mula sebu dan rasa tak selesa.
Bagi yang ada masalah angin dalam badan seperti ini mungkin boleh cuba resipi telur dadar buang angin yang dikongsi oleh Syu Azis. Ujarnya resipi ini diperoleh daripada ibu seorang selebriti jelita, Rozita Che Wan.
Cara buat telur dadar untuk buang angin
Saya dapat resipi telur dadar ni dari emak artis tempatan, Che Ta. Saya ada terbaca di laman web majalah Nona. Katanya untuk buang angin. Resepi turun temurun yang masih diamalkan beliau dan anak-anak. Saya cuba memang menjadi. Sendawa tak habis habis.
Bahan-bahan
2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Cara membuat :
1. Tumbuk bahan bahan kering halia, bawang putih & lada hitam sehingga lumat. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
2. Gorengkan tanpa minyak, tapi saya ‘derhaka’ sedikit goreng dengan minyak. Dua sudu saja.
3. Disebabkan winter season dah pun bermula, lately badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, saya buat resipi simple ni. Halia, bawang putih dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan memanaskan badan.
Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.
Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis. Lepas tu sendawa burpp burpp. Badan pun rasa segar dan warm.
Sumber: Syu Azis