Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Ads
Caranya:
Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
Ads
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Sama ada di kawasan rumah atau di sekitar tempat kita bekerja mesti akan ada kucing jalanan atau tanpa tuan. Bagi pencinta kucing melihat binatang ini mengiau minta makanan memang tak sampai hati.
Supaya kucing terbiar ini tak kelaparan, korang boleh DIY cat feeder ini dari botol air mineral ini. Cuma beli makanan kucing dan letak di supaya binatang ini sentiasa ada makanan.
Letak di tempat yang ada kucing terbiar. Nak buat untuk kucing di rumah pun boleh juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 biji botor air mineral 10 liter
Cable tie
Gam
Cara membuat
1. Ambil satu botol untuk isi makanan, tebuk bahagian bawah botol ini anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.
2. Kemudian guna satu lagi botol untuk takung makanan. Potong dan ambil bahagian bawah saja lebih kurang 4cm-5cm tinggi dari bawah.
3. Kemudian potong pula sikit di bahagian yang kita nak sambung pada botol tinggi isi makanan.
3. Boleh sambung guna cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue. Siap.
Sekarang dah tiada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana. Selamat beramal.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi dan biasanya mesti berkuah. Tapi rupanya yang tak berkuah atau kering katanya lagi sedap.
Nak tahu cara masak ayam kicap tak berkuah? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Resipi beliau ini mendapat hampir 41k perkongsian di Facebook, punyalah ramai suka.
Cara buat ayam masak kicap versi kering
Tak ada orang tak tahu cara nak masak ayam masak kicap, tapi setiap orang cara masaknya berlainan. Saya suka ayam masak kicap yang tak berkuah. Lagi kering lagi suka! Jadi, ni cara saya.
Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
½ ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Cara membuat
1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma.
2. Ayam kena potong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam.
3. Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.
4. Masukkan sos cili, sos tomato masukkan.
5. Gaul sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Ayam ni kita nak dia pekat dan kalau boleh sampai kering. Kuah dia semua nanti lekat pada ayam. Oh, saya letak sikit bawang Holland.
6. Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang.
Hujung minggu ni ramai yang dah nak balik kampung untuk sambut raya. Salah satu masalah kaum wanita terutama sekali jika sudah berkeluarga ketika hendak pulang ke kampung atau bercuti dalam tempoh lama adalah untuk mengemaskan barang.
Sering terjadi barang yang perlu dibawa tidak cukup untuk dimasukkan di dalam beg walau pun beg dah besar. Sudahnya kita akan bawa beberapa biji beg untuk pulang ke kampung. Itu baru nak letak pakaian, belum masuk lagi kuih raya dan alatan lain.
Boleh ikut cara packing ini
Agar semua barang yang diperlukan boleh dibawa bersama walaupun banyak, anda mungkin perlu mengikut cara packing yang cepat lagi efisyen oleh Rachel Grant ini.
Pelakon dan bekas Gadis Bond ini telah memuat naik video di Youtube memaparkan cara menyimpan dan memasukkan 100 barang sebahagian besarnya adalah pakaian serta keperluan wanita lain dalam sebuah beg travel yang kecil.
Antara caranya adalah dengan mengumpul dan memasukkan beberapa barang dalam zip lock dan bekas khusus sebelum disimpan di dalam beg.