Buat agar-agar ni nampak senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Sebab utama adalah kerana salah sukatan air. Kurang air keras, terlebih air lembik berair pulak.
Jadi macam mana sukatan air yang tepat supaya agar-agar kita menjadi. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaleha Rusli ini.
Tip untuk beginner masak agar-agar dengan cantik
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
Ads
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.
3. Nisbah agar-agar dengan air/apa apa cecair(termasuk susu/santan dsb) adalah seperti berikut:
Ads
Nisbah Agar-agar : Cecair
1 bekas agar-agar : 4 bekas air (hasilnya : keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik )
1 bekas agar agar : 4.5 bekas air (hasilnya : sedang-sedang saja)
1 bekas agar-agar : 5 bekas air (hasilnya : lembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat).
4. Nisbah air 4 atau 5 bekas ikut kekentalan yg disukai. Contoh anggaran agar-agar dalam 1 gelas, maka letak sukatan airnya 4 ke 5 gelas ikut kekentalan agar-agar yang kita mahu.
Ads
5. Jika letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas.
Cara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa. Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini.
Supaya tak perlu berasap satu rumah, boleh bakar ayam percik ini guna cara yang lebih mudah iaitu menggunakan air fryer. Kebanyakan rumah dah ada alat ini kan…
Cara buat ayam percik guna air fryer
Bahan-bahan
Ayam separuh ekor -dipotong dan dibersihkan
2 sudu minyak masak
Bahan perapan buat ayam percik
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 inci halia
2 batang serai -dipotong kecil
2 sudu ciliboh -lebihkan jika mahu pedas
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Kisar semua bahan perapan hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisar dalam mangkuk besar bersama dengan ayam. Gaul rata dan kemudian letakkan minyak masak.
3. Perap ayam selama dua jam atau lebih. Lebih lama diperap lebih sedap.
4. Alas ayam dengan aluminium foil kemudian bakar dalam air fryer menggunakan suhu 170 darjah selsius selama 15 minit.
5. Sebelah 15 minit balikkan ayam dan bakar lagi hingga 10 minit. Siap
Makan nasi menggunakan beras basmathi ini sememangnya lebih sihat namun begitu tak semua tahu cara memasaknya.
Tak kena sukatan air hasilnya nasi jadi tak cantik, patah dan sebagainya. Ramai juga yang tak tahu nak masak beras basmathi ini ada pantang larangnya.
Dikongsi oleh Azmi Jusoh, berikut adalah langkah demi langkah masak beras basmathi supaya hasilnya lembut dan peroi.
Langkah demi langkah masak beras basmathi untuk dapatkan nasi yang lembut dan peroi
Ini gambar ketika masak Beryani Gum Hyderabad
1. Sediakan beras
Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.
Ini adalah kerana beras ni dah direbus terlebih dahulu dan dijemurkan.
Tip penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh masukkan sedikit ke dalam air rendaman.
Rendamkan beras adalah langkah paling utama.
2. Nisbah sukatan ( Air: Beras)
Selain rendam beras, nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak agak macam kita perasakan garam kepada masakan ya.
Jika terlebih air nasi akan jadi lembik melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti ya.
Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.
Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. Insya-Allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.
Jika nak lebihkan cecair make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras yer. Make sure take note.
3. Teknik dan kaedah memasak
Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak: • Kaedah menumis beras dahulu: kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan2 tumis didalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibuarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras. • Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sblm masukkan beras kedalam. • Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.
4. Pantang larang ketika memasak
Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:
• Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dlm stage fragile.
• Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
• Sentiasa biarkan nasi rest dalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.
• Kacau nasi ketika panas, tuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
• Kacau nasi dr sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.
5. TIP TAMBAHAN:
• Menggunakan pewarna: jika korang nak gunakan pewarna contoh mcm nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sblm dikacau.
• Minyak: harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan tuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dlm kategori cecair yer.
• Elak nasi patah: elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni yer, terutama sekali ketika nasi dah kering.
• Bekas penyukat: gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.
• Tanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.
Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua
Baru-baru ini viral di laman Twitter perkongsian seorang lelaki @ojan_hasan yang menggunakan suara isterinya sebagai penunjuk arah aplikasi navigasi Waze. Memang lucu bila si isteri menggunakan loghat utara.
Member set waze guna suara wife dia ? kalau rindu dia bukak waze n kadang2 saje buat sesat..dengar sampai habis… pic.twitter.com/f4PI76k1Ng
Perkongsian tersebut juga turut membuatkan ramai yang tertanya-tanya macam mana nak tukar suara pada aplikasi Waze seperti yang dilakukan oleh Ojan Ter.
Memetik cara yang dikongsi di www.haqem.my caranya amat mudah. Anda boleh merakam suara anda mengikut langkah-langkah ini. Bukan saja boleh rakam suara isteri, nak guna suara anak atau suara sendiri pun boleh!
1. Pergi ke halaman tetapan Waze, pilih Sound & Voice, kemudian buat pilihan Voice Directions dan Record New Voice.
2. Anda perlu merakam kesemua senarai yang diberikan untuk fungsi itu berjalan dengan lancar. Antara yang perlu dirakam adalah All set. Let’s go, We’re all set. Let’s go! dan banyak lagi.
3. Masa maximum yang diberikan adalah 6 saat untuk setiap rakaman. Setelah selesai semua rakaman anda boleh mencubanya dengan membuat suatu perjalan yang baru. Semoga fungsi ini akan memberikan manfaat kepada semua komuniti Waze.
Ni ada satu lagi rakaman Waze Ojan Ter menggunakan suara isterinya. Ramai pulak yang puji tindakan suami ni sweet sangat. Korang pun boleh jer nak buat kan!
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...