Ramai sangka tanam asparagus hanya boleh di tanah tinggi dan sejuk saja? Sebenarnya jika nak tanam di sekitar rumah kita. Tengok hasil asparagus yang ditanam Faridah Rahman ini. Elok saja besar dan segar.

Beliau juga turut berkongsi cara penanaman asparagus dari biji benih. Boleh cuba tanam, berbaloi sebab harganya pun ‘kayangan’ dan sekali tanam sayur ini hayatnya boleh tahan hingga 20 tahun. Ini perkongsian beliau.

Cara tanam asparagus dari biji benih

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Sekali Tanam Boleh Tuai Sampai 20 Tahun

Ini adalah hasil dari 6 pokok asparagus. Purple asparagus lebih manis rasanya dari yag hijau.

Pokok ini saya tanam dari biji benih yang dibeli di AE Grafted Nursery, Kota Bharu, Kelantan. Bagi yang dah beli biji benih dan nak tanam boleh ikut cara ini;

1. Rendam biji benih semalaman dgn beberapa biji bawang merah.

2. Sediakan tray dengan media campuran tanah hitam dan peatmoss (sabut cincang).

Ads

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Sekali Tanam Boleh Tuai Sampai 20 Tahun

3. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Siram dan tutup dgn plastik hitam. Letakkan di tempat teduh.

4. Selepas 2 hari, buka plastik hitam dan biarkan di tempat teduh.Biji benih asparagus ambil masa 2 -5 minggu untuk bercambah. Jadi kena sabarlah ya.

5. Bila dh tumbuh 3- 4 batang bolehlah pindahkan ke pasu kecil.

Ads

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Sekali Tanam Boleh Tuai Sampai 20 Tahun

6.Selepas 3- 4 bulan, agak-agak pokok dah stabil bolehlah pindahkan ke pasu besar atau kawasan yang lebih luas.

7. Siraman dilakukan 2 kali sehari.

8. Antara baja yang digunakan. Yang hitam baja kopi, tabur saja.

Ads

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Sekali Tanam Boleh Tuai Sampai 20 Tahun

INFO

  • Boleh dituai seawal 10-12 bulan, walau spears tak besar. Asparagus matang setelah usia 2 tahun, waktu ini spears cukup besar.
  • Hayat pokok asparagus adalah 20 tahun.

Cara Tanam Asparagus Dari Biji Benih. Sekali Tanam Boleh Tuai Sampai 20 Tahun

  • Asparagus ada jantan dan betina. Yang jantan spearsnya lebih besar dibandingkan dgn yg betina. Yang betina kecil tapi mengeluarkan bunga dan buah untuk dijadikan benih.
  • Pokok betina yang mula berbuah. Kena tunggu berwarna merah baru boleh dipetik untuk dijadikan biji benih.

Selamat mencuba.

Sumber: Faridah Rahman

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI