Selain tanam bawang untuk bawang atau ubinya, kita juga menanamnya untuk daun bawang yang banyak kegunaannya dalam masakan.
Bagi yang nak tanam bawang untuk daunnya boleh guna kaedah tanaman ini. Tanam bawang dalam botol. Sesuai juga untuk yang tiada ruang untuk menanam.
Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Anizah Mat Ali
1. Mula-mula tebuk balang atau botol ikut macam mana kita nak susun bawang. Boleh susun lubang cara bertingkat. Tebuk juga lubang bahagian bawah balang dan juga penutupnya.
2. Masukkan hydroton di bahagian bawah sekali, kemudian masukkan tanah sampai lubang paling bawah. Pastikan guna tanah baru.
3. Potong sedikit bahagian atas bawang, kemudian celup bahagian akar bawang dengan penggalak akar ke dalam lubang yang sudah berisi tanam. Tekan sikit supaya tak jatuh.
Ads
4. Letak bawang sehingga selesai lubang paling atas. Tekan tanah supaya mampat.
5. Atas sekali tu letaklah bawang yang terakhir. Kemudian siram bagi mengalir air ke bawah. Tanah perlu lembap bukan basah, barulah daun bawang naik subur.
6. Kemudian tunggulah sehingga pucuknya keluar. Dalam gambar ini baru seminggu usia daun bawang.
Ads
Boleh juga guna botol air mineral macam ni
Kaedah yang digunakan sama cuma cara ini bahagian bawahnya diletakkan air supaya sentiasa lembap. Perkongsian Halimah Abdullah.
Potong dua botol dan tebuk lubang. Letak bahagian corong di sebelah bawah. Letak span atau kain serap air kemudian letak air sebelum isikan dengan tanah.
Ads
Ini hasilnya.
Dua cara ini bukan saja mudah tapi juga nampak cantik!
Telur kelapa ini mungkin dah lama tak dihidangkan. Malah anak-anak sekarang pun ramai yang tak pernah menikmatinya.
Kita sendiri mungkin kali terakhir merasainya ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
Cara buat telur kelapa
Bahan-bahan
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
Cara membuat telur kelapa
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.
Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.
Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.
Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.
Langkahnya boleh ikut cara ini ya:
1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.
2. Letak tapis atas baldi kecil
3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.
4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.
5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.
6. Kemudian tutup benih selama dua hari.
Tujuan benih ditutup adalah untuk mengekalkan kelembapan sabut dan cepatkan benih bertunas.
7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.
Daun kuning itu bila terkena matahari akan perlahan-lahan bertukar jadi hijau. Untuk permulaan akar kangkung masih pendek jadi pastikan air mesti kena hingga bahagian bawah tapis.
8. Ini gambar hari kelima
Air baja perlu ditambah, bukan ditukar. Air baja akan semakin susut diserap oleh akar. Penggunaan baja: Minggu pertama – 10ml baja AB + 2 liter air, minggu kedua – 15ml baja AB.
Ulam raja antara ulam kegemaran ramai, jadi berbaloi sangat tanam di sekitar rumah. Bila teringin nak makan ulam petik saja.
Pokok ini pun mudah ditanam, lagi senang guna biji benih saja. Boleh tanam dalam pasu ataupun terus ke tanah. Jika betul penjagaannya memang cepat merimbun.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh tanamsendiri.com. Selain itu praktikkan juga info yang diberikan supaya daun pokok ulam raja ini banyak dan kekal besar saiznya.
Cara tanam pokok ulam raja di rumah
1. Rendam biji benih dalam air suam (40 darjah C selama 2 hingga 12 jam).
2. Semai benih dalam kedudukan mendatar dalam lubang sedalam 1 cm. Gunakan tanah atas (topsoil) atau tanah khas untuk semaian.
3. Sembur air menggunakan botol penyembur (spray) supaya tanah kekal lembap.
3. Benih akan bercambah selepas 5 hari. Alih ke dalam pasu atau ke atas tanah bila ada 4 helai daun. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari.
4. Tip untuk dapatkan pokok yang bercabang, kerat tunas utama bila pokok mencecah 15 cm (6 inci). Untuk kekalkan daun besar, cubit buang bunga yang tumbuh.
Tip pokok ulam rimbun, sentiasa ada pucuk muda dan daunnya besar
Ulam raja elok dituai selalu supaya sentiasa ada pucuk muda.
Bila pokok dah tumbuh tinggi dalam satu kaki, tuai, kerat tunas utama. Pokok akan jadi rimbun.
Sentiasa tuai supaya bunga tak tumbuh. Kalau keluar bunga, daun yang dihasilkan kecil.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...