Cara Tanam Bawang Untuk Daunnya. Boleh Pakai Botol Atau Balang Saja

Share

 

Selain tanam bawang untuk bawang atau ubinya, kita juga menanamnya untuk daun bawang yang banyak kegunaannya dalam masakan.

Bagi yang nak tanam bawang untuk daunnya boleh guna kaedah tanaman ini. Tanam bawang dalam botol. Sesuai juga untuk yang tiada ruang untuk menanam.

Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Anizah Mat Ali

1. Mula-mula tebuk balang atau botol ikut macam mana kita nak susun bawang. Boleh susun lubang cara bertingkat. Tebuk juga lubang bahagian bawah balang dan juga penutupnya.

2. Masukkan hydroton di bahagian bawah sekali, kemudian masukkan tanah sampai lubang paling bawah. Pastikan guna tanah baru.

3. Potong sedikit bahagian atas bawang, kemudian celup bahagian akar bawang dengan penggalak akar ke dalam lubang yang sudah berisi tanam. Tekan sikit supaya tak jatuh.

4. Letak bawang sehingga selesai lubang paling atas. Tekan tanah supaya mampat.

5. Atas sekali tu letaklah bawang yang terakhir. Kemudian siram bagi mengalir air ke bawah. Tanah perlu lembap bukan basah, barulah daun bawang naik subur.

6. Kemudian tunggulah sehingga pucuknya keluar. Dalam gambar ini baru seminggu usia daun bawang.

Boleh juga guna botol air mineral macam ni

Kaedah yang digunakan sama cuma cara ini bahagian bawahnya diletakkan air supaya sentiasa lembap. Perkongsian Halimah Abdullah.

Potong dua botol dan tebuk lubang. Letak bahagian corong di sebelah bawah. Letak span atau kain serap air kemudian letak air sebelum isikan dengan tanah.

Ini hasilnya.

Dua cara ini bukan saja mudah tapi juga nampak cantik!

Sumber: Anizah Mat Ali Halimah Abdullah

 

Published by
VK