
Isi Kandungan
ToggleBendi antara sayuran yang selalu ditanam di rumah, kerana mudah. Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.
Bagi yang nak cuba tanam dalam polibeg boleh ikut cara ini.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polibeg
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.

3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.

5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.

Tip pokok rendah, dan berbuah
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.

Semoga bermanfaat.
Sumber: Lebai Kudin
Artikel berkait:
Mudahnya Tanam Bendi, Senang Jaga & Makan Tak Habis
Cara Mudah Tanam Asparagus Makan Sampai 30 Tahun
Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Cara Paling Mudah Untuk Nampak Awet Muda

Isi Kandungan
Toggle
Nak dapat kesan awet muda, memang macam-macam petua boleh kita ikuti. Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.
Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad, menulis mengenai rahsia amalan minum air selepas bangun tidur. Namun ianya perlu dilakukan sebelum kita masuk ke bilik air dan mencuci mulut seperti berkumur-kumur dan gosok gigi.
Janda Presiden Soekarno, Hartini pun amalkan
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya.
Nitric Oxide khasiat dari aspek sains
Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini. Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci? Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ).
NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria – bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Mudah saja kan kalau nak awet muda. Tak perlu tunggu lagi, amalkan segera besok ya!
Sumber drzubaidi
Tip Buat Cucur Jawa Supaya Menjadi Cantik. Kalau Tak Kembang Waktu Goreng Kena Tambah Bahan Ini

Cucur jawa atau kuih topi juga dikenali sebagai penyaram antara kuih tradisi kegemaran ramai.
Disebabkan itu ramai juga yang cuba buat sendiri. Tapi selalu saja dengar rungutan dah cuba buat tapi tak menjadi! Kuih tak kembang atau bahagian tepi tak berkedut seperti yang sepatutnya.
Bagi memastikan kuih cucur jawa ini menjadi dengan cantik perlu latihan atau kena buat banyak kali. Jadi cuba lagi, boleh ikut pula resipi yang dikongsi oleh Norhamah Said. Resipi ini gunakan santan jadi rasanya lebih berlemak.
Buat sendiri kuih cucur jawa/kuih topi/penyaram
Bahan-bahan
1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air)
1 paket tepung beras
2 cawang tepung gandum
1 cawan gula putih
100 ml santan
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula putih & santan dalam satu bekas dan gaul.
2. Masukkan gula merah yang telah sejuk dan gaul. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati & adunan tak berketul-ketul. Jangan terlalu cair. Siap untuk digoreng.
NOTA
- Kalau nak kuih nampak cantik, adunan kena simpan semalaman (saya letak dalam peti sejuk)
- Jika kuih tak kembang masa menggoreng kena tambah gula sedikit ke dalam adunan kuih. 1-2 sudu makan.
- Petua orang tua, semasa membancuh adunan kuih ini tak boleh bercakap.
Cantik hasilnya kan.
Selamat mencuba.
Sumber: Norhamah Said
Elak Anak Tertengok Kartun Lucah Di YouTube, Buat Setting ‘Restricted Mode’. Ini Caranya

Dalam keadaan kita perlu duduk di rumah hampir sepanjang masa ketika ini, anak-anak memang akan banyak bermain dengan gajet.
Selain game, aplikasi YouTube antara yang banyak ditatap setiap hari yang kita tahu penuh dengan pelbagai video termasuk iklan yang ada antaranya lucah dan tak sesuai ditonton oleh anak.
Supaya mereka tak menatap content sebegini sebaiknya ibu bapa ambil langkah buat tetapan Restricted Mode pada aplikasi YouTube di telefon yang digunakan.
Caranya dikongsi oleh Siti Hajar.
1. Klik simbol S di sebelah atas kanan.
2. Kemudian keluar senarai macam gambar di bawah. Klik’setting’.
3. Pilih general. Perkataan yang atas sekali.
4. Akhir sekali click button restricted mode. Selesai.
Ibu bapa juga ada pilihan muat turun aplikasi YouTube Kids yang lebih selamat dan sesuai untuk tontonan anak.
Sumber: Siti Hajar