2. Sediakan pasu kecil atau bekas semaian. Campur peatmoss & cocopeat sama banyak. Kalau cocopeat 1kg, peatmoss pun sama (boleh beli di nursery atau kedai pertanian)
3. Masukkan tanah dalam bekas semaian, jangan tabur benih dulu ya. Siram air sampai tanah betul basah.
4. Kemudian barulah tabur benih pokok daun sup, selepas itu tutup nipis dengan tanah semai tadi.
5. Letak bekas semaian ini di tempat yang ada cahaya tapi jangan terus kena matahari ya.
6. Dalam masa lebih kurang 2 minggu akan tumbuhkan benihnya. Jangan lupa siram bila tanah kering.
IKLAN
Selepas lebih kurang 2 minggu
7. Bila dah besar, anak benih daun sup yang banyak merimbun ini saya pecah-pecahkan. Saya bahagikan kepada 6.
8. Tanam jangan dalam sangat, cukup untuk tutup akarnya. Kemudian letak di tempat yang ada cahaya tapi tak kena cahaya matahari secara terus.
IKLAN
TIP
Nak pastikan daun sup subur, tanah kena sentiasa basah. Cara siram pula bukan terus kepada batangnya. Saya rendam biar air meresap pada tanah.
Yang ini dah dialih dalam pasu besar, boleh letak di tempat yang panas sikit.
Ada masa kita rasa tak nak makan nasi dengan lauk yang heavy- heavy macam gulai, masak lemak atau sambal. Tekak nak makan lauk yang simple-simple saja.
Kalau tiba selera yang macam ini, lauk ikan rebus sambal picit memang sesuai sangat. Tak perlu nak goreng atau kisar bahan bagai.
Rebus dan picit-picit saja dalam mangkuk, dah siap. Tapi awas ya gabungan lauk macam inilah yang buat kita makan nasi bertambah-tambah. Lauk ini juga lengkap ya, ada ikan, sayur dan sambal sekali. Memang cukup khasiat.
Cara buat lauk ikan rebus sambal picit
Cara buat ikan rebus
– Sediakan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.
– Dalam periuk masukkan ikan bersama dengan asam keping dan garam.
– Rebus hingga mendidih dan ikan masak. Jangan masuk ingat bila air mendidih ya, nanti ikan hancur.
Cara buat sambal picit
– Sediakan 20 biji atau lebih cili api kampung hijau dan merah bersama dengan satu sudu besar belacan (bakar dahulu), 1 sudu besar asam jawa, garam dan gula.
– Satukan semua bahan ini dalam mangkuk
– Picit cili padi sampai hancur macamm dalam gambar. Kalau pekat sangat tambah air masak.
– Bila cili dan hancur dan bahan lain dan sebati, perah limau kasturi 2 biji. Gaul sebati.
Cara celur pucuk ubi
– Masukkan ulam pucuk ubi dalam periuk berisi air. Tambah garam dan halia serta letak minyak satu sudu. Celur pucuk ubi dan tos.
Dikongsi oleh netizen di Facebook idea penggunaan bekas plastik untuk melindungi soket elektrik ini memangnya cukup bernas.
Walau pun menggunakan produk yang murah tapi ia mampu menyelamatkan nyawa anak kecil dari terkena renjatan elektrik yang mana selalu menjadi kerisauan ibu bapa.
Macam mana nak buat? Boleh ikut langkah ini.
Bahan yang diperlukan:
Bekas plastik (seeloknya jenis penutup kedap udara) Pisau Glue Gun
Cara membuat
1. Ukur saiz soket, pastikan sesuai dengan bekas plastik yang dipilih.
2. Kemudian tebuk penutup bekas plastik tadi mengikut ukuran soket.
3. Menggunakan glue gun, lekat penutup plastik yang telah ditebuk tadi sekeliling soket.
4. Tebuk juga hujung bekas plastik untuk laluan wayar elektrik. Tutup soket dengan bekas plastik dan kemaskan penutupnya.
5. Dah siap! Anak kecil dah tak boleh main atau tarik wayar elektrik. Mudahkan!
Bagi sebahagian kaum wanita, hampir setiap bulan berdepan dengan kesakitan akibat senggugut ketika haid. Dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah beranak pinak, ia masih dialami.
Disebabkan kesakitan ini jugalah ramai wanita sanggup menelan ubat tahan sakit seperti Panadol dan Ponstan untuk meredakannya meski tahu ia tidak baik untuk kesihatan.
Perlu diketahuii pengambilan ubat tahan sakit mungkin meredakan seketika kesakitan tapi ia juga boleh menyebabkan gangguan pada kitaran haid.
Namun risiko paling buruk pengambilan ubat ini adalah ia boleh menyebabkan masalah fungsi buah pinggang malah boleh sampai ke peringkat kronik jika ia diambil tanpa kawalan dalam tempoh yang panjang.
Meski tahu pengambilan ubat sebegini tidak elok namun apa kan daya kerana tidak tahan ramai wanita yang tidak dapat mengelak daripada mengambilnya.
Bagaimanapun menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , bagi wanita yang kerap mengalami senggugut ringan, tidak perlulah mengambil ubat ini. Ada cara lain yang boleh dilakukan untuk meredakannnya.
Katanya wanita ini tak perlu makan ubat penahan sakit seperti Ponstan dan Panadol. Sebaliknya lakukan amalan semula jadi ini.
Caranya minum air mineral suam dibancuh dengan sedikit halia. Sapu dengan sedikit minyak atau krim panas. Ini sudah mencukupi.
Ini kerana katanya ramai yang mengalami kitaran haid yg terganggu bila menelan ubat tahan sakit.
Lagi petua reda sakit senggugut tanpa makan ubat tahan sakit
Dalam pada itu mereka yang selalu mengalami sakit senggugut juga boleh amalkan petua ini setiap bulan. Semua petua ini adalah semula jadi tanpa perlu makan ubat tahan sakit.
Bertungku
Senggugut berlaku kerana pengecutan otot rahim yang keterlaluan dan juga disebabkan ada darah beku yang terkumpul didalam rahim. Dengan bertungku, anda membantu otot rahim untuk mengecut dengan lebih konsisten dan dalam masa yang sama memecahkan darah beku yang ada dalam rahim.
Apabila otot rahim mengecut dengan baik dan tiada lagi darah beku, darah haid akan keluar dengan aliran yang lebih baik lalu mengurangkan kesakitan senggugut yang anda alami.
Teh herba
Secawan teh herba panas sememangnya menenangkan dan membantu mengurangkan kesakitan senggugut dengan cara melancarkan perjalanan darah dan merehatkan otot rahim. Kandungan fenolat dalam teh membantu menghilangkan kesakitan.
Ambil dark chocolate
Coklat gelap atau dark chocolate yang pahit tanpa susu adalah ubat senggugut yang sangat berkesan. Coklat gelap merembeskan hormon yang menyebabkan badan anda terlupa tentang kesakitan yang sedang dialami. Namun, makan dengan berpada. Nanti naik pula berat badan anda.
Elak makan makanan tinggi lemak
Ambil serius hal ini! Berhenti makan makanan dengan kandungan lemak tepu yang tinggi. Contoh: aging lembu, kambing, dan produk tenusu. Kajian mendapati makanan ini mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat!
Jaga pemakanan
Elakkan juga daripada ambil garam, karbohidrat, serat, dan minuman berkafein. Pengambilan garam secara berlebihan menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan coklat gelap kurang manis.
Bersenam
Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi. Cuba saja senaman-senaman ringan, jika anda tak larat!
Rebus dan kupas telur nampak senang tak kalau tak kena cara, kulit melekat hingga sukar dikupas. Hasilnya telur rebus terkopek dan tak licin.
Lagi masalah...