Daun kesum banyak kegunaan dalam masakan, jadi berbaloi sangat kalau nak tanam. Kalau kawasan rumah tiada tanah pun kita boleh tanam daun kesum ini.

Antaranya guna teknik tanam dalam kotak polisterin seperti yang dikongsi oleh Muhammad Ashaabul Yamin.

1.Beli daun kesum dekat kedai. Asingkan batang dan daun

2. Sediakan kotak polisterin/kabus dan span basuh pinggan.

3. Gunakan pisau dan pembaris bagi memudahkan kerja mengukur dan memotong

4.Potong kotak polisterin separuh macam gambar di bawah.

IKLAN

Kita akan guna bahagian bawah saja untuk takungan air. Separuh bahagian atas, boleh simpanlah untuk kegunaan lain. 

5. Ukur saiz span pada penutup polisterin, kemudian potong ikut ukuran.

6. Ini kejadiannya.

7. Kelarkan span menggunakan pisau bagi memudahkan semaian batang kesum.

8. Ramai yang tanya air apakah ini. Inilah baja A dan B. Boleh beli di Shopee atau nurseri.

9. Saya menggunakan baja air bagi memudahkan larutan baja dengan air. Sukatan baja, air paip 1.5 liter bersamaan 3 penutup baja A dan B. Kalau separuh kabus menggunakan 9 liter air terus darapkan untuk sukatan air baja.

10.Bahagian polisterin sebelah atas yg dipotong tadi atas saya buat alas bahagian takungan.

Hasil selepas lebih sebulan 09/06/2020. Mula tanam 01/05/2020.

Di bahagian dalam takungan

Cara penanaman macam ni senang nak jaga, tak perlu siram dah, dan kawasan tak kotor dengan tanah.

Sumber: Muhammad Ashaabul Yamin