Daun kesum ini selalu kita guna dalam masakan sebab itu ramai yang suka menanamnya. Bagi yang baru nak cuba menanam pokok kesum ini rasanya elok ikut cara yang dikongsi oleh Mikka Medina
ini.
Mudah dan hasilnya pokok kesum hidup subur. Menariknya tak guna tanah dan tak perlu siram pun.
Bahan yang diperlukan
- Mangkuk penapis
- Pasu
- Keratan batang pokok kesum
Langkah menanam
1. Kerat pokok kesum beberapa batang.
2. Cucuk batang ke dalam lubang penapis.
3 Biarkan batangnya menjulur keluar.
4. Letak penapis yang berisi keratan pokok kesum tadi atas pasu yang diisi dengan air.
Air separas dengan belakang penapis. Tebuk lubang pada di tempat yang bertanda untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
5. Tak perlu baja, cuma siram dengan air basuhan beras insyaAllah elok suburnya.
Ini hasil selepas dua minggu.
Sumber: Mikka Medina