Jika selama ini hanya tanam pokok bunga atau hiasan dalam pasu apa kata lepas ini kita tukar pulak. Tanam pokok mangga, sekurang-kurangnya dapat juga makan buah.
Kalau diperhatikan cara tanam pokok mangga dalam pasu ini juga mudah dan ia juga tak perlu penjagaan yang rumit.
Bagi yang nak cuba boleh ikut 4 langkah ini yang dikongsi oleh Sifudurian.
Mangga sejenis buah-buahan bermusim yang tumbuh subur dan berbuah di kawasan yang agak panas dan kawasan tanah rendah.
Ads
Cara tanam dan penjagaan mangga lebih mudah berbanding pokok durian dan ia berbuah seawal 2 tahun jika pokok yang sudah di cantum atau di kawinkan.
1. Saiz pasu
Mestilah berukuran besar iaitu 15cm tinggi dan panjang 11cm, kecil sikit pun takpe, yang penting media semaian tu mesti kena cun. kalau boleh gunakan pasu seramik supaya tahan lama.
2. Media semaian
Ads
Gunakan topsoil / tanah hitam, elakkan guna tanah sisa kelapa sawit sebab ia cepat mengeras dan tidak sesuai untuk semaian pot). Topsoil 70%, sekam padi 10% sekam padi bakar 10% cocopeat 10%
3. Pilih benih yang dikahwinkan atau tut
Cadangan tanam mangga Chokanan, Harum Manis, mangga nam dok mai dan red star atau mangga Taiwan. ini antara mangga yg cepat dan rajin berbuah. Pastikan beli benih yang sudah di kawinkan atau ‘TUT’ supaya cepat berbuah. Jika tanam dari biji ia lambat sedikit berbuah iaitu sekitar 4-6 tahun.
Ads
4. Baja
Gunakan baja subur NPK 15.15.15 iaitu kandungan baja yang seimbang amat sesuai untuk pertumbuhan pokok yang seimbang. Manakala untuk baja penggalak buah, gunakan baja buah NPK 12.12.17 berwarna biru yang boleh dibeli di mana-mana kedai pertanian/ kedai kimia berdekatan dengan rumah anda atau boleh secara online di Shopee, Lazada.
5. Siraman
Pastikan pasu disiram dengan air dan elakkan tanah kering supaya pokok sentiasa segar, sekali sekala sembur dengan baja subur foliar dan racun Malation atau Decis untuk elakkan serangan serangga pada daun dan pucuk muda.
Sekiranya di rumah sekarang sedang tanam anak pokok cili, tip yang dikongsi daripada Mohd Nor ini boleh dipraktikkan terus.
Ia supaya pokok cili yang baru ditanam stabil selain banyak akar. Cara ini juga membolehkan jangka hayat pokok cili tahan hingga bertahun-tahun. Bila kekal lama, hasil cili pun boleh tuai banyak kali.
Bila alihkan ke pasu atau tanah kena tanam sekali batang pokok
Menurut Mohd Nor sewaktu pindahkan anak pokok cili ke dalam pasu, polibeg atau tanah, buang daun di bahagian bawah dan tanam dalam sikit.
Untuk lebih mudah faham, tanam sampai paras tanda merah dalam gambar. Batang yang ditimbuskan akan mengeluarkan akar-akar baru yang boleh menambah kestabilan pokok & membantu pokok cepat membesar & berbuah. Cara ini jangka hayat pokok cili juga akan lebih lama.
Selain itu pastikan pokok cili dapat cahaya matahari pagi sampai petang, ini yang terbaik. Hasilnya pokok cili akan rendang & cabang dahan mudah tumbuh.
Jika kurang cahaya pokok akan tinggi & tak stabil serta cabang dahan sukar tumbuh.
Tip ekstra
Pembajaan terbaik utk cili ialah baja AB atau apa saja baja boleh digunakan cuma dengan sukatan yg betul.
Kawalan perosak juga penting kerana pokok cili sering diserang benah putih. Boleh beli atau buat sendiri menggunakan campuran bawang putih + cili padi + sabun cuci pinggan.
Dalam kehidupan berumahtangga, masa berkualiti memang sangat penting untuk diluangkan bersama pasangan. Apabila ada masa berkualiti, maka hidup berpasangan akan jadi lebih indah. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat. Sememangnya perlu untuk luangkan masa dengan insan paling rapat dengan kita.
Seperti penyanyi rock wanita nombor 1 tanah air, Ella, dalam instagram baru-baru ini memberikan tip untuk luangkan masa berkualiti dengan suami.
Tak semestinya mahal
Menurut Ella, luangkan masa berkualiti dengan pasangan tidak semestinya perlukan aktiviti yang mahal dan berbelanja banyak. Hal itu tidak semestinya boleh memberikan momen dan suasana bernilai. Dia dan pasangan ada kalanya hanya pergi berkelah, melawat zoo atau sekadar menikmati alunan muzik dan pantai. Itu pun sudah cukup membahagia buatnya.
Tontonlah video Ella dan suami duduk bersantai sambil menyanyi serta bermain gitar. Nampak romantik sungguh pasangan ni.
Masa yg berkualiti tak semistinya perlukan aktiviti yang mahal dan berbelanja banyak untuk momen dan suasana bernilai .
Adakalanya kami berkelah , melawat zoo dan sekadar menikmati alunan muzik dan pantai .
Btw lagu ini , menggamit kenangan waktu kami bercinta dan pernah juga putus kecewa di waktu masa yg lalu @slankdotcom ??. #selamatberhujungminggu #peaceloverindu #azharella #kutakbisa #slank #slankers
Roti paratha segera antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Senang untuk hidang waktu sarapan atau petang. Tapi bila beli yang frozen ini, rasanya ‘kureng’ sikit berbanding yang kita buat sendiri.
Sebenarnya nak buat roti paratha ini senang saja pun, tak perlu beli yang segera pun. Rasanya memang lagi sedap dan paling penting rangup. Kalau makan dengan kuah kari tak cukup 3 keping. Jika rasa nak cuba buat sendiri boleh ikut perkongsian daripada Khadijah Jaafar.
Cara buat roti paratha homemade yang sedap dan rangup
Roti paratha homemade. Rasanya yang sedap & rangup, makan pulak dengan kari memang tak cukuplah 3 keping. Senang sahaja bahan-bahan dan nak buatnya. Cubalah!
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandun
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
150ml air
4 sudu besar minyak masak
Minyak/butter/ minyak sapi untuk goreng
Butter untuk sapuan
Cara membuat
1. Di dalam mangkuk campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut.
2. Rupa doh yang dah siap uli. Tak perlu uli lama-lama pun.
3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk.
4. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
5. Bentukkan doh kecil-kecil. Ikut pada saiz yg masing-masing kehendaki. Boleh dapat 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit.
6. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh. Supaya mudah nak golek & tak melekat.
7. Golekkanlah mengikut ketebalan yang disukai.
8. Panaskan kuali dengan minyak/butter/minyak sapi. Mengikut cita rasa masing-masing.
9. Goreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.
10. Selepas sudah siap digoreng Cik Tie suka sapukan sedikit butter. Rasanya pun lebih sedap dengan rasa lemak butter.
11. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran. Asyik sungguh cicah dengan kari.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...