Cara Tanam Pokok Ulam Jambu Gajus Guna Biji Benih. Tak Perlu Tunggu Lama Untuk Petik Pucuk

Share

Antara ulam yang digemari ramai walau pun sedikit pahit adalah pucuk jambu gajus atau pucuk jambu golok. Makan dengan sambal belacan memang sedap.

Kalau nak mudah makan lebih baik cuba tanam sendiri pokok jambu gajus ini. Ramai saja yang tanam pokok ini di rumah dan tumbuh subur.

Cara tanam pokok ulam jambu gajus guna biji benih

Foto Facebook Normaziah Ahmad

1. Cara penanaman pokok ini boleh dilakukan melalui semaian biji benih. Caranya dapatkan biji gajus kemudian jemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.

Buah jambu gajus yang telah matang. Foto: Blog Warisan Tani

2.Setelah dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. Anak pokok ini perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan yang cepat dan aktif.

3. Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan. Selain menggunakan pelepah kelapa sebagai naungan membantu mengurangkan pokok terencat.

4. Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan pokok gajus.

Pucuk jambu gajus yang sedang elok dipetik untuk dibuat ulam

5. Bagi pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

6. Pokok ini tidak perlu menunggu lama untuk pucuknya, ia boleh tuai selepas 8 bulan hingga 12 bulan sahaja.

Foto: Blog Warisan Tani

 

Semoga bermanfaat

Sumber info: Sifu Durian

 

Published by
VK