Tanam sayur tapi malas nak baja dan nak hasil sayur subur. Boleh! Namun ada cara yang perlu dipraktikkan.
Caranya hanya perlu letak baja sekali saja iaitu peringkat awal penyediaan media/tanah. Selepas itu ketika pokok naik dan membesar tak perlu lagi buat semburan air baja atau membaja setiap minggu. Cara ini lebih mudah, dan ia dipraktikan oleh Mira Edora.
Tanam sayur berdaun tak perlu baja
Saya kurang rajin, cuma rajin siram saja. Siapa yang macam saya boleh teruskan pembacaan. Caranya;
Hari pertama
- Set terus nak tanam di mana : raised bed / batas / pasu.
- Hari sama semai biji benih di tempat semaian lain.
- Korek cetek batas/raised bed/ pasu lalu letaklah baja.
Pilih baja sama ada kompos / vermikompos / tayam / tahi kambing / kopi / npk15. pilihan baja menentukan kesuburan tanah pada masa akan datang. - Boleh guna tayam (tahi ayam) : murah sangat, mudah lerai, jadikan tanah makin subur, kaya microbe.
- Kalau tanah keras, tambah tanah siap campur yang 6in1 atau 4in1. Kalau pandai buat adunan sendiri pun boleh juga.
- Kalau sebelum ini tanam dah bantut maknanya tanah dah tak sihat, maka cara paling murah tambahlah sekali kapur pertanian. Kemudian tutup balik baja (dan kapur, kalau tambah kapur). Tak perlu dalam sangat.
Hari ke-2 sehingga hari ke-7/10/15
- Siram tapak semaian, siram sekali batas/pasu. Siram semaian 2 kali sehari. Siram batas sehari sekali dah memadai. Waktu ini akan naik rumput, jika ada buang.
Hari ke 7/10/15
- Pada hari ke-7 ini barulah pindahkan anak benih ke batas yang disediakan tadi. Hari pindah berbeza-beza ikut benih, kalau cepat cambah, cahaya cukup, cepatlah ia keluar 2 helai daun sebenar.
- Gembur manja permukaan batas sebelum buat lubang pakai jari untuk masukkan anak pokok. Pindah anak benih pada waktu petang.
- Tanam anak pokok dalam sampai aras kotiledon. Poin ini paling penting sebenarnya untuk dapatkan pokok yang besar.
- Bila tanam dalam, akar lebih stabil, mampu serap nutrient dengan baik dan pokok jadi gemuk.
Hari ke 7/10/15 sehingga tuai
- Siram 2 kali sehari sehingga tuai
- Tak perlu baja lagi. Kawalan serangga ikut suka. Boleh jadi perlu / tak perlu pun kawalan serangga.
Sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung juga sama, tapi tapi saya akan baja lepas sebulan. Kadang tak baja pun. Ini cara saya.
Selamat mencuba.
Sumber: Mira Edora.