Suka menanam tapi tiada masa nak menjaga sangat, kalau macam ni teknik yang sesuai untuk korang adalah teknik 3T, Tanam Tinggal Tuai. Betul lepas tanam boleh tinggal.
Ini cara yang disaran dan dipraktikkan oleh Ahmad Nazrey. Lagi senang kelengkapan semua boleh beli di Shopee.
Teknik 3T – Tanam Tinggal Tuai
Mudah sangat. Disyorkan untuk anda untuk memilih tanaman atau jenis sayur yang mempunyai jangka pendek atau cepat dituai. Antara tanaman yang cepat dan mudah untuk dituai adalah park choy, sawi, bayam, kangkung, salad atau pokok jenis dedaunan.
Tak perlu bimbang masalah takde masa nak siram, kalau pergi kerja balik kerja pun tak nampak matahari pun takde masalah dengan teknik ni.
Caranya:
Beli di Shopee set hidroponik dilengkapi dengan :
1) Takung PVC= 20 liter.
2) Penutup takung PVC. 8 lubang.
3) 8 pot bakul media
4) Span khas.
5) 2 jenis benih.
6) Pati Baja A dan B.
Nak buat sendiri pun boleh. Jimat kos. Guna botol air mineral 1.5 liter, span/kain jenis serap air. Tinggal semai sahaja.
Teknik 3T (Tanam-Tinggal-Tuai) ini tak pakai tanah, hanya air sahaja. Elok guna air tapis, klorin kita buang. Bersih dan selamat daripada racun perosak atau serangga.
Step by step tanam sayur hidroponik
Jika menggunakan media span/kain , begini caranya:
Ads
1. Isi air dlm takung sampai paras dimana kain atau span boleh sampai.
2. Pastikan span/kain menyentuh air dan lembap, bukan ditenggelami air.
3. Letak 3-4 benih atas span lembap. Biarkan sampai bercambah. Kalau tak bercambah, semai pada tanah semaian. Bila dah bercambah blh alihkan semula ke set hidroponik.
4. Apabila Benih sudah bercambah sekurang2nya seminggu baru masukkan :
Baja A: 50ml kemudian
Baja B: 50ml ke dalam takung hidroponik 20 liter tadi.
Ads
Untuk botol air mineral tak perlu banyak, sekadar span / kain boleh sentuh air tu. Bancuhan 20 liter tadi dah boleh guna utk 40 botol lebih. Anggaran air bancuhan dlm 350 – 400ml sahaja. Kacau sebati. Nisbah bancuhan
Air baja : 20 liter air : 50ml baja a : 50ml baja b.
5. Siap… Konsep sayur hidroponik ialah
3T : Tanam, Tinggal, Tuai
Tidak perlu disiram setiap hari dan dibajai selalu. Hanya baja sekali sahaja. Jimat baja!
Hasilnya
Panduan
Set hidroponik letakkan di bawah bumbung. Tetapi mesti kena cahaya matahari. Elakkan kena hujan secara terus kerana mampu mencairkan air baja dan menyebabkan air baja dalam takung akan melimpah keluar.
Boleh terdedah kepada cahaya matahari sepenuhnya. Lebih baik dapat cahaya matahari pagi selama 4-5 jam.
Dalam rumah selalunya akan ada bilik yang panas kerana terdedah kepada cahaya matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari petang terutamanya akan membuatkan bilik ini jadi panas hingga ke malam.
Selalu dari pukul 2 petang hingga ke malam memang takkan selesa duduk berlama-lama di bilik ini kerana terasa bahangnya. Walaupun guna aircond tapi tidak terasa sejuk sepenuhnya.
Disebabkan itu ramai yang guna pelbagai cara untuk mengurangkan kepanasan ini. Ada yang guna aluminium foil, exhaust fan dan sebagainya menyejukkan ruang.
Jika apa yang dilakukan ini tidak juga berjaya, boleh gunakan idea yang diutarakan oleh Khair Itam ini pula. Caranya dengan ‘menampal’ dinding kedua di bahagian luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari.
Menghadapi masalah bilik panas yang sama beliau berkongsi cara yang dilakukan baru-baru ini yang didapati berkesan untuk mengurangkan panas atau bahang. Caranya boleh ikuti penjelasan beliau ini.
Alternatif kurangkan panas bilik, pasang dinding kedua
Selain menggunakan aluminium foil, lubang disiling, kipas sedut disiling, rock wool dan wind turbine, saya juga gunakan papan ACP sebagai dinding kedua untuk dinding di bilik yang terdedah terus kepada cahaya matahari.
Bilik tidur anak saya ini terdedah terus kepada cahaya matahari di sebelah petang. Bilik itu panas sehingga ke malam, kerana bahang pada dinding yang “dibakar” oleh cahaya matahari. Air-cond dipasang untuk atasi kepanasan dalam bilik.
Bulan Jun lepas saya pasang dinding kedua berjarak 2 inci daripada dinding asal. Dinding dibuat daripada papan ACP. Ruang di antara dinding dibiarkan kosong.Experimen ini nampaknya berjaya, dinding asal tidak lagi membahang, serta bilik cool dan tidak lagi perlukan air-cond !
Cara buat dinding kedua ini mudah saja;
-Ikat frame c-channel (tebal 2″) atau batten (tebal 1″) pada dinding dengan skru.
-Pakai hollow pon boleh, tapi mahal.
-Saiz frame ikut sesuai saiz panel ACP.
-Kemudian ikat panel ke frame, pakai skru.
-Cat panel ikut cita rasa.
Paling penting, JANGAN TUTUP BAHAGIAN BAWAH DAN ATAS KEPADA DINDING ACP. Tujuan ialah untuk benarkan kitaran udara yang dipanaskan matahari keluar dan digantikan dengan udara baru ke dalam ruang antara dinding itu.
Sejak minggu lalu restoren makanan segera popular Mc Donald dah mula menjual burger prosperity. Saban tahun, kita memang menunggu burger ini. Memang kena dengan selera orang Malaysia yang suka pedas.
Seperti yang kita tahu masyarakat Malaysia juga kreatif mengolah sampai prosperity burger ini pun boleh dibuat sendiri. Homemade! Rasanya prosperity burger homemade ini pun boleh tahan sedap juga.Resipi prosperity burger homemade antaranya dikongsi oleh Mohd Faiz Fitri Iberahim.
Cara buat Prosperity Burger Homemade
Bahan-bahan:
Roti hot dog
Daging kisar
1/2 biji bawang besar- potong dapur
Bawang holland – hiris nipis
2 sudu tepung gandum
1 gelas air
Lada hitam serbuk + tumbuk
2 sudu besar mentega
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara buat daging burger:
1.Uli daging cincang daging kisar Ramly dan bentuk seperti roti hot dog.
2. Kemudian goreng daging yang dah dibentuk, sambil goreng cucuk dengan garfu supaya masak di dalam. Ketepikan.
Info: Untuk rasa daging yang juicy selain goreng, daging burger tadi boleh juga dikukus.
Cara buat sos lada hitam
1.Panaskan mentega masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi keemasan.
2.Masukkan air segelas dan kacau.
3.Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mana yang diingini.
Penyediaan
1.Sapu mentega pada roti dan panaskan atas kuali seketika.
2.Ambil daging yang siap digoreng dan celupkan dalam kuah lada hitam.
Letak atas roti dan tabur dengan hirisan bawang Holland. Siap!
Bibir semula jadi warna merah jambu memang diidamkan wanita. Tapi sayangnya kebanyakan bibir kita tak begitu.
Ramai yang berdepan masalah bibir hitam walau pun tak merokok. Memang boleh diselindung dengan warna lipstik tapi takkan di rumah pun nak pakai lipstik bagai.
Cara terbaik adalah merawatnya. Untuk mengembalikan bibir yang hitam kembali jadi merah jambu kita boleh amalkan lip scrub atau pun skrub bibir.
Tak perlu beli, kita buat saja sendiri sebab untuk menghasilkannya pun mudah sangat.
Hanya tiga bahan saja diperlukan.
1. Bahan-bahannya
Vaseline
Minyak bayi
Gula
Bekas kecil
2. Masukkan sesudu gula, baby oil dan Vaseline ke dalam bekas.
3. Gaul rata dan ia sedia digunakan.
3. Simpan dalam bekas. Cara menggunakan, usap lip scrub pada bibir dalam gerakan bulat untuk membuang kulit mati. Kemudian basuh. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.