Nak bercucuk tanam tapi tak berapa suka kotor tangan dan kawasan bersepah dengan tanah atau cocopeat. Kalau macam ni boleh guna idea yang dikongsi oleh Rozaidee Zainal.
Menggunakan kaedah penanaman secara hidroponik tapi cara beliau ini langsung tak mengotorkan tangan. Jika sebelum ini penanaman secara hidroponok tetap menggunakan cocopeat kali ini beliau mencuba perkara baru, tanam guna kapas dan kain buruk. Ikuti perkongsian beliau.
Dulu orang buat hidroponik guna cocopeat habuk kayu tapi kita belajar cara nak hack tanpa mengotorkan tangan.
Bahan diperlukan:
Kapas (beli kedai RM2, cari yang gulung)
Kain buruk
Kapas digunakan untuk menanam benih jadi ia takkan terlalu lembap sebab kedudukannya bahagian atas.
Kain buruk pula di bawah adalah serapan air untuk bahagian atas supaya kapas takkan kering. Jika guna kapas saja, ia terlalu padat, serapan takkan sampai ke permukaan.
Selain itu untuk kesuburan pokok guna baja AB 40ml+40ml untuk 1 liter air, lebih pun tak mengapa.
Inilah hasil sayur yang menggunakan kapas dan kain buruk. Elok subur
Selamat mencuba
Sumber Rozaidee Zainal